Friday, June 22, 2012

Donat Lembut Bergula


Assalamualaikum... Salam ceria dan salam manis buat pengunjung setia Dapur CT. Pejam celik pejam celik dah pun sampai hari Jumaat. Sekejap amat rasanya masa berlalu. Rasanya baru semalam aje hari Isnin, pejam celik dah berakhir seminggu lagi. Terlalu pantas jarum masa berputar berlari meninggalkan kita, hingga kita tak perasan setiap detik yang berlalu. Usia pun semakin meningkat menjangkau hampir setengah abad. Alamak dah semakin tua diri ini rupanya hehehe. Walaubagaimanapun, alhamdulillah sebab CT sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Kalau diberi sakit pun cuma sakit demam, pening kepala biasa aje. Sekarang ni pun baru aje ok sikit sebab kena sakit kepala yang menganggu tugas seharian CT selama 4 hari kebelakangan ini. Bila dah sakit kepala ni CT jarang nak buat kerja yang berat, lepas makan ubat CT akan tidur dan rehat je. Bila rasa dah berkurang sikit barulah bangun dan sambung semula kerja-kerja harian yang tertunda. Tapi seperti yang kita selalu dengar, setiap sakit yang kita tanggung adalah penebus dosa-dosa kecil yang kita lakukan, jadi kita hendaklah redha dan sabar bila menghadapi ujian sakit.


Hari ini CT kongsikan resepi Donat Lembut Bergula yang CT buat kerana anak-anak buka mulut kata nak makan kuih yang sedap dan lembut. Dengan kepala yang masih sakit, jadinya CT carilah menu yang cepat dan ringkas nak disediakan. Tak mahulah duduk lama-lama didapur bila kepala sakit macam ni. Macam Donat lembut resepi dari Hasue ni yang dah beberapa kali CT buat disebabkan cepat dan ringkas nak membuatnya. Dan Donat ini juga tetap lembut aje walau dah semalaman kita membuatnya. Kiranya resepi ini adalah penyelamat sebab memudahkan kerja bila kita mengejar masa. Tambahan pula anak-anak pun suka, bila siap digoreng dan disalut gula anak-anak hulur piring seorang satu. Mulanya CT ingat nak salut coklat, tapi anak bujang CT yang sulong Azree kata nak salut gula aje, hmmm lagilah mudah kerja Mama dia ni kan hehehe.


Kira lama jugalah CT tak buat donat ni, kalau nampak teman-teman buat donat mulalah keinginan nak buat sama tu meluap-luap. Tapi bila dah sampai masanya mood tak datang, terus terbantut nak mulakan kerja menguli tu, aduhaiii... kadang-kadang itulah yang terjadi. Tentang resepi donat ni, banyak sudah resipi donat ni yang telah CT cuba, termasuk juga resepi yang diambil luar dari negara kita. Resipinya lebih kurang sama tapi ada yang mengunakan buttermilk dan mengantikan air suam dengan susu segar dan pelbagai variasi lagi. Rata-ratanya semuanya tak menghampakan. Pendek kata macam-macamlah resipi dah jumpa, nak dengan tidak aje kita nak mencubanya. Tapi tidak salah kalau kita mencuba sesuatu yang baru, setidaknya adalah resipi baru dalam senarai Dapur CT nanti, bukan resepi sama yang diulang-ulang, nanti jemu pulak pembaca setia Dapur CT ni nanti kan hehehe.


Okeylah. kita terus pada resipilah ya. Walaupun ini adalah resipi ulang tayang, tapi CT kongsikan sekali lagi untuk manfaat teman-teman yang lain yang belum pernah mencubanya. Jika ada yang berminat silakan lah ye. Resipi donat dari HaSue ni memang sedap dan banyak masa dapat dijimatkan hehehe. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....


Donut Lembut Bergula
Resipi : HaSue
Olahan: Che CT

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
1 peket yis Mauripan (11gram) - atau apa2 jenama
50 gm Marjerin
1 sudu besar Shortening
2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar susu pekat / 2 sudu besar susu tepung - Letak dua-dua lagi sedap
1 biji telur - dipukul lembut
1/2 Sudu teh garam

190 ml - 200 ml air suam kuku - bergantung pada kualiti tepung
Gula halus atau topping kegemaran

Cara-cara:
1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dpukul sedikit dan juga garam.
3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati dikacau satu arah saje menggunakan sudu).
4. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. Tidak ada sisa tepung pada bekas lagi.
6. Doh tidak perlu direhatkan. Jika nak rehatkan juga boleh selama 5-10minit. Boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci. Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
7. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
8. Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
9. Setelah minyak sedikit panas masukkan donut dalam 2-3 biji dan goreng sehingga kekuningan dan toskan.
10. Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.




30 comments:

  1. salam ct. Bundo nak donat yang kena cucuk tu. Dapat dua tiga cucuk jadilah hiii...

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi Ct,
    Amie pun nak dont yang bercucuk tu, satu cucuk aje ye, buat sarapan di pagi nan dingin ini...grrrr hujan lebat selebat-lebatnya!30 opsyuk

    ReplyDelete
  3. Salam CT..Iza pun nak yg cucuk ngan lidi tu,senang,sekali masuk mulut je..anak2 mesti sukakan...lain dari yg biasa tuu..

    ReplyDelete
  4. Salam Kak CT,
    gebusss donut tu... dah lama tak buat donut... Nak buat juga lah nanti... cantik dan cute donut yg dicucuk kat lidi tu..

    ReplyDelete
  5. salam Ct
    pagi2 dapat donut lembut ni utk sarapan memang sedap,apa lagi yg cantik molek tersandar ja tu yg bercucuk pun best gak tu..
    tapi sekadar tengok je lah,nak makan tak rajin buat heee

    ReplyDelete
  6. Aslmkum..Morning Kak CT sayang.
    Tumpang befast ya..Makan donut akak yg gebus tu. :)

    ReplyDelete
  7. Salam, Kak CT..

    Tak sangkakan, dah macam-macam rupa resepi donut sekarang, macam-macam cara.. tapi cara yang Kak CT buat ni senang.. tapi hasilnya mantap! Dapat sate donut tu pagi2 ni.. kenyang.. :-)))

    ReplyDelete
  8. salam k.ct...donut hasue nih mmg sedaaappp dan gebus... sy selalu guna 400g tpg roti, 100g tepung superfine.

    ReplyDelete
  9. mintak dua ketul ye...ke 3 singgit? kalu camtu bak 3 ketul la kak CT...lum breakfast lagi saya ni ha....nway yg ringkas tulah yg paling laju & dapat sambutan hangat...

    ReplyDelete
  10. salam kak ct

    sedapnya donut, gebu gebas je, tina ni sebab tak minat donut, jadi mmg tak sampai seru nak mendonut wlupun budak2 suka makan

    ReplyDelete
  11. salam kak ct...ooo..lepas ni nak try resepi donat yang ni pulak lah~ hehehe

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum K.CT,
    comel je donut akak ni..lama dah tak mendonat....rasa teringin plk bila tngk akak buat ni..

    ReplyDelete
  13. CT, rasa nk mintak jer donut sate tu... gee sibuk sgt tak sempat nk buat... dapor pon tak berasap

    ReplyDelete
  14. Sedapnya kalau ada donut petang2 mcm ni..bole jugak digandingkan dg secangkir teh hangat..

    ReplyDelete
  15. salam jumaat kakct,dh ok ke pening2 tu,kite pun sama gak lately ni pening2 jugak,dgn cuaca yg x menentu ni kan.terpaksa lah gigih kan jugak semangat,demi ank2 dn suami.kejaumh mmg x habis2 lah kan.take ye kak..rehat byk2.:-)

    nnti nak jugak try donat yg gebu ni.

    ReplyDelete
  16. Assalam ct, maaflah baru ni sempat nak singgah kedapur ct..nii..
    harap ct dah sihat ya..
    donut memnag favourite my kids, cuma mak dia orang yang tak berapa rajin nak buat....kaswi kat bawah tu pun nampak sungguh menggiurkan, cantik dan rasa nak cekup seketul..

    ReplyDelete
  17. aduhhh Kak CT cyg..gebussnya donut tu...tlg gulingkan 3 ketuii donut tu...hihi

    ReplyDelete
  18. CT, cantik nyer gambar gambar donut ni. Ala ala manis manja jet gaya posing nyer. Bila boleh dtg tengok CT ambik gambar ni

    ReplyDelete
  19. As'salam Kak CT cayangggg ....

    Dah lewat mlm baru lah Nina dpt singgah dapur kak CT. Selalunya mmg time lewat mlm gini memang Nina lapar. Tumpang makan kat dapur kak CT yea... Air susu tuuu punn Nina nak !!
    hehehe . . .

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum....kak ct..
    br kita rancang2 nk wat donut....jengah dapur akk dah keluar donut...memang suh wat agaknya..he he

    ReplyDelete
  21. Salam kak ct..
    nampak gebu jerk donut ni tp donut yg jue wat lembut sgt ek.. ulu tangan je tp still xlembut.. kenapa ek. ada petua tak.. tkasih..

    ReplyDelete
  22. Your donuts are making my mouth water so I am going to add this to my Mouth Watering Mondays post this Monday. Come on over to see it at www.noshingwiththenolands.com Cheers, Tara

    ReplyDelete
  23. Thanx kak CT !! Serius kompem jd..hihi da try n pasti jd...hihihi thanx

    ReplyDelete
  24. Assalmmualaikum ct,suka sngt tengok hasil kerja ct...ermm resepi donut nie saya da cuba ,gebuss bngat...hari nie nk wt lg hihihi...thanx share resepi nie...

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Assalmmualaikum ct,suka sngt tengok hasil kerja ct...ermm resepi donut nie saya da cuba ,gebuss bngat...hari nie nk wt lg hihihi...thanx share resepi nie...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...