Wednesday, February 3, 2010

Donat Pesona




Salam mesra dan ceria khas untuk semuaaaa... Impian dah hampir jadi kenyataan, walau pun rupanya taklah seindah yang kawan2 pernah buat hehehe. Buat donat hasil tangan sendiri adalah lebih bermakna dari kita membelinya kan. Memanglah donat ku ini tak secantik J.CO atau Big Apple Donut tapi aku puas hati dapat mengenyangkan anak2 dan hubby tersayang kat rumah ni. Donut ni hasil dari MyResepi.Com tapi aku CnP jer dari dapur RinnChan. Apa pun terima kasih banyak2 pada empunya resepi dan RinnChan juga. Tanpa resepi2 ni mana lah aku nak pandaikan. Okeylah masa amat mencemburui aku nak duduk lama2 kat depan laptop ni. Jom ler layan resepi ni ya.


Donut Pesona
Sumber dari MyResepi

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 tbs gula castor
11 gm instant yis mauripan
2 tbs air suam
3/4 cawan susu cair ( Rinn guna susu segar )
1 biji telur
3 tbs mentega
1/2 tsp garam halus
1 titik esen vanila (opt.)... tak bubuh
1 titik esen ros (opt.)... tak bubuh
1 1/4 tsp pelembut BIOSTAN ( Rinn gantikan dengan bread improver)

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk pengadun, larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), tuangkan susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Masukkan gula, telur dan mentega. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
3. Ayak tepung bersama garam dan bread improver. Masukkan separuh tepung ke dalam bancuhan yis dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian. (Rinn putar dengan mixer letrik jer.. )
4. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
5. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
6. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
7. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
8. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
9. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.


7 comments:

  1. kakkkkkkkkkkkk mmg terpesona!!! terutamanya tang cekelat tuhh..maut tuh kalau saya makang!! mau menjilat jarikkkk...;p

    ReplyDelete
  2. Salam Kak CT,
    Dah sangat cantik dah donut akak tue... tak payah pegi big apple dah. kite pon sonot kalau dapat seketui tue.hehe..

    ReplyDelete
  3. NekPP :

    Jom makan donut k.ct, jgn takut x leh naik pon badan tu hehehe.

    ReplyDelete
  4. ijan :

    kalau ijan nak berketul2 k.ct bole bagi :DD

    ReplyDelete
  5. dah comel sangat donut akak tuuu!!! meh kasi saya 2 3 ketui!!!

    ReplyDelete
  6. Haiyo, memang terpesona Love ngan donuts tuh kak! Cantik2 semua, nak makan pun sayang...hehehe ;)

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Ct..
    Terpesona kita tengok, sesuai ngan namanya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...