Tuesday, November 1, 2011

Blueberry Chiffon Cake




Assalamualaikum... Salam mesra dan salam sayang untuk semua. CT terlupa sesuatu sejak semalam dan minggu lepas lagi. Sebenarnya, CT ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat teman2 yang mengucapkan happy anniversary buat Che CT dan Che Mat di facebook ya. Tak ada kek pun di hari istimewa tu, hanya makan biasa2 jer. Dengan ini genaplah usia perkahwinan kami berdua yang ke 20 tahun. Berbagai onak duri, suka duka kami tempuhi bersama. Perbagai dugaan yang pahit mahu pun manis telah dilalui bersama namun kami berdua tetap reda dengan ketentuan Allah yang diberikan pada kami berdua. Semoga Allah terus memberikan kami rahmat dan berkat dalam mengharungi alam rumah tangga ini hingga keakhir nyawa kami berdua. Dan semoga mahligai bahagia ini tetap kekal bahagia selama2nya... Amin Ya Rabbal Alaminnn.

Berbalik pada resipi kali ini. Haa... inilah resipi chiffon cake yang pertama kali CT buat dalam blog masakan CT. Bukan tak nak buat sebelum2 ni, tapi entah kenapa dulu2 tu macam tak konfiden lah.... hahaha. Tapi hari ini dengan rasminya CT dah memecahkan dara loyang chiffon yang CT baru beli kelmarin... hehehe. First time buat macam ragu2 jer, tapi alhamdulillah menjadi juga akhirnya. Mula2 tu bukan main naik meninggi jer kek ni, bila dah sejuk dia turun sedikit. Tak apa yang penting sedap kan... hehehe. Resipi yang menjadi pilihan CT kali ni dari CMG, Blueberry Chiffon Cake. Memang sedap rasa manis pun sedang2 gitu sesuai dengan citarasa tekak CT sekluarga. Terima kasih buat sifu ku Adnan Ibrahim @ CMG yang memberikan resipi yang tersangatlah sedapnya. Mintak izin untuk letak resipi Mat dalam Dapur CT ya. Lain kali boleh buat yang lain pulak. okey Panjang lebar dah ni, apa kata kita tengok resipi pulak ya.


Blueberry Chiffon Cake
Resipi : Mat Gebu @ Adnan Ibrahim

Bahan-bahan A :
4 kuning telur
70 ml susu cair
70 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
45 ml air
100 gm gula halus
1 camca besar blueberry paste
2 camca besar blueberry filling
150 gm tepung halus (mat guna tepung gandum je) *
1 camca teh baking powder *
Secubit garam halus * ( * disatukan, gaul rata dan ayak)

Bahan-bahan B :
4 putih telur
90 gm gula halus
Secubit cream of tartar

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175C. Siapkan tin chiffon berukuran 23cm...JANGAN...lenser dengan apa2, biar macam tu saja. Dalam satu bekas, campur semua bahan2 "A" dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan mesra. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk adunan yang bersih dan kering. Masukkan putih telur, putar pada kelajuan sederhana hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, putar pada kelajuan tinggi hingga menjadi "meringue" (seperti gambar no 2 yang boleh dirujuk dalam blog CMG ya).
3. Kemudian masukkan "meringue" tadi ke dalam adunan no 1 dan gaul rata menggunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam tin chiffon tadi. Bakar 40 - 45 minit hingga permukaan kek nampak kuning keemasan, kering dan kek sedikit mengecut di bahagian tepi2nya.
4. Keluarkan dari oven dan dengan berhati2, terlungkupkan tin tadi dalam posisi terbalik. Biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan macam tu. Kemudian sisip tepi kek dengan pisau kecil dan tarik keluar. Sisip juga bahagian bawahnya supaya mudah tanggal. Boleh lah hidangkan......Selamat mencuba...

CATATAN MAT GEBU :- Kalau letak gris pada tin kek, nanti kek tu tak boleh nak "hold" dan mudah jatuh balik. Lagi satu kalau nak buat kek chiffon pandan, ganti susu cair tu dengan santan dan blueberry paste tu pulak dengan pandan paste....blueberyy filling tu tak payah lah letak yeaa...Proses yang lain semua sama seperti di atas, lagi satu..resipi ni mat guna telur gred "B".





30 comments:

  1. Assalamualaikum kak ct.. Wahh walaupun pertama kali mencifon tapi nampak cantik sungguh kejadian kek tu. Dah lama jugak saya tak mencipon ni. Walaupun gambar simple tapi tetap cantik dimata saya ni kak. Hussshh geram tengok kek :-)

    ReplyDelete
  2. Cipon kesukaan ku.....sedapnya blueberry...gebu gebana tuuu...

    ReplyDelete
  3. perh...first time buat kek cipon yerk kak..
    cantik sangat kejadiannya.....
    nampak lembut gebu jerk.....

    ReplyDelete
  4. Izahdaud ~

    Wa'salam izah cayanggg...hahaha. ada tragedi masa nak terbalikkan kek chiffon tu tau izah..adoiii. lain kali nak kena hati2 lah.

    gambar tu biasa2 jer masih tak pro macam orang lain izah. shoot dah petang sbb kek siap pun petang cuaca tak menyebelahi camerawoman ni tau..hahaha

    ReplyDelete
  5. Chah ~

    suka gak eh Chah. kita serupa lah ya, nanti boleh buat eh, kita cuba perasa lain pulak..hehehe

    ReplyDelete
  6. Mas ~

    A'ah seram juga takut tak mejadi. maklum ler suka makan tapi nak buat tu macam tak yakin boleh menjadi macam kawan2 buat. Tapi akhirnya berjaya juga..yeahhhh :D

    harap mas dan baby sihat ya, jaga pemakanan dan kesihatan :)

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi Kak CT
    Waw2...kek sifon utk memasuki bulan november...cantik banget..suka sangat ngan kegebuan dan kelembutan kek cifon.Bestnya pepagi lagi dah pekena kek sifon..dengkinya...

    ReplyDelete
  8. cantik sungguh kek tu akak... nampak sangat lembut n gebu.. diana dah lama x buat chiffon cke... teringin plak nak makan....

    ReplyDelete
  9. wah kak Ct...cifon blueberry yer..cantikkk jer kek tu..nak mkn pun sayang...hihi

    ReplyDelete
  10. Sesekali dtg menyinggah...dapat minum secawan kopi...pas tu dapat mkn lak kek chiffon blueberry...fuhhh...alangkah bestnya...he he..:D

    ReplyDelete
  11. as-salam kak ct
    npk lembut kek tu kak ct..1st time dengar blueberry cifon..

    ReplyDelete
  12. tahniah CT.. walaupun 1st buat.. dah elok sgt menjadi..
    teringat 1st time sy wat kek chiffon pandan dulu.. kek agak kering & sikit mengecut.. hehehe.. tp tau dimana silapnya.. sebab masa membakar tu sy dok temankan baby (masa tu anak no. 2) yg merengek nak tidor.. last2 dengan sy sekali terlelap kejap.. oven plak tak setkan timer..hehe.. terlebih bakar dlm 10 - 15 minit gitu.. nasib tak rentung.. haha.. bila2 dikenang2 semula.. bahaya sungguh!

    ReplyDelete
  13. kalau guna telur gred A pon kena 4bj or 3bj e?

    ReplyDelete
  14. gerammnyer tengok.. gebu betul kek kak ct. tun xpernah mencipon nih. acuan dia pun xde. cari acuan yg kecik x jumpa2. yg ada semya besar2, setakat 2 org kt umah ni, nk wat besar2 tu pk byk kali takut membazir.

    ReplyDelete
  15. Rahel ~

    hahaha..ya ni chiffon untuk 1st Nov, pandai betul dia erk..hehehe. saje dok tayang kat Rahel.. hehehe

    suka bila masuk blog rahel semua nak buat last2 list bederet2..hahaha

    ReplyDelete
  16. Diana @ Melley Mey ~

    Diana manisss...kira first time mencuba jadi, ada harapan lah lain kali nak buat lagi. Bila buat menjadi macam seronok pulak..hehehe

    ReplyDelete
  17. Liza ~

    Kena makan juga ni Liza, kalau buat nak tengok, renung jer kang rugi jer kek tu. nanti k.ct anto dapur Liza jer ehh.. hahaha

    ReplyDelete
  18. Cik Cek ~

    akak cek, meh sini, kita duduk berdua2an jer diserambi. nanti ct hidang nescafe sambil amkan kek ciffon nak...hehehe

    ReplyDelete
  19. Ady ~

    Wa'salam Ady, Oh ya ker. kiranya baru nampak lah ciffon blueberry eh. Dah ada juga member2 yang buat ni Ady. Bila nak sampai dapur Ady pulak :D

    ReplyDelete
  20. MaDiHaA a.k.a Ratna ~

    Ratna..memang betul masa dok dalam oven tu asik2 jengah jer. sampai duk depan oven pun ada sebab tak sabar nak tunggu keputusan kek ciffon ni..hahaha. adoiii...sabar jer kan

    Lain kali jangan buat macam tu lagi, memang bahaya jika masakkan ditinggal macam tu jer Ratna. Tapi sekarang oven semua dah ada timer kan :)

    ReplyDelete
  21. Hanim ~

    kalau sukatan telur tu mengatakan guna gred B 4 biji. Jadi kalau guna telur besar kena kurangkan sukatan 1 biji.

    ReplyDelete
  22. Tun_Telani ~

    Yalah k.ct cari yang 18cm pun tak ada tun. paling besar ada. last2 round2 jugalah cari kat kedai2 bakery ada jumpa size 23 cm ni. kira besar jugalah kan.

    ReplyDelete
  23. opss satu lagi soklan, klu xde loyang yg lobang tengah tu guna loyang biase yg bulat or 4segi tu leh ke?

    ReplyDelete
  24. Assalam Kak Ct cayang,hepi anniversary yg ke20 kak,maaf sbb terlewat kak ya..Wah alhamdulillah dah 20taun,moga kekal bahagia hingga ke syurga ya kak..Sy baru nak msk 3taun kak..Masih byk yg perlu belajar..Akak cantik kejadian kek cipon akak,nmpak sedap..Sy pernah la wat cipon sekali,tuh pon wat xnaik tinggi,sbb wat half adunan,sbb family kecik,loyang lak besar,huhu..Ssh toi nak cari loyang yg kecik comey kalo cipon ni..

    ReplyDelete
  25. kak ct!!! jelesnye tengok cipon kak ct....terus rasa teringin nak buat...haih.....

    semoga kak ct bahagia dengan CM, insyaallah hingga akhir hayat, hingga ke syurga...

    ReplyDelete
  26. Assallamualaikum kak CT..
    Sihat ker kak? Tomeinya kek akak. Sweet colour dan nampak gebu..
    Naz selalu cari2 loyang kek sifon ni tp yg jumpa saiz besar2 jer..Ishhh..Nak la saiz yg comel2 sikit..

    ReplyDelete
  27. Hanim ~

    Tak pasti boleh ker tak erk..hehehe sebab tak pernah buat. tapi kalau dah tak ada cuba jerlah mana tahu lebih cantik nnt :D

    ReplyDelete
  28. Zaliedana ~

    Wa'salam CT cayanggg..tr kasih segalanya. walaupun baru 3 tahun alhamdulillah bahagia hendaknya sampai bila2..aminnn.

    k.ct pun kira terjah jer buat kek ciffon ni CT. kalau jadi syukur kalau tak jadi cuba lagi sampai jadi..hahaha

    ReplyDelete
  29. nuwairani ismail ~

    Wa'salam nani cayangg... tr kasih untuk doa buat k.ct dan suami..aminnn

    apa lagi tunggu, jom ler menciffon juga kasi gegar blog tu dengan ciffin dari nani pulak..hehehe

    ReplyDelete
  30. Naz / Nadz COSK ~

    Wa'salam Naz..tr kasih ya. k.ct ada yang kecik saiz 18cm tu tapi masa isi adunan tu dia meleleh kat bawah. rasanya tak rata kot. nanti Hb nak tolong betulkan. Tu yang cari lagi tak jumpa yang kecik yang besar jerlah k.ct rembat..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...