Friday, November 4, 2011

Kuih Getas




Assalamualaikum buat semua teman-teman CT yang tersayang. Rasanya macam sekejap je dah sampai ke hujung minggu ek. Esok dah cuti, lepas tu esoknya lagi pulak dah Hari Raya Haji. Oleh kerana cuti, jadi macam biasalah Dapur CT pun akan bercuti dari bersiaran juga seperti lazimnya hehe. CT kalau boleh nak terus je bersiaran tujuh hari seminggu tapi pejabat buruh tak kasi, sebab kena ikut undang-undang baru katanya (pinjam ayat P.Ramlee dari cerita Ali Baba Bujang Lapok).



Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelang, terlebih dahulu CT nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua yang mengenali CT tak kira jauh dan dekat dan tak lupa juga buat semua follower CT yang tersayang. Kalau ada yang balik beraya ke kampung tu, hati-hati memandu ye. Dan sempena hari nak cuti, CT up kan resepi kuih tradisi yang senang bangat nak membuatnya. Bak kata suami CT, gaul2 tepung campak dalam minyak panas dah jadi kuih hahahaha. So, oleh kerana senang harap2 adalah yang nak follow ye. Jom kita follow resepinya. Oh ye.. kamera klasik my laling yang ke-3 yang CT interframekan dalam resepi CT kali ini ialah Rollei B35.


Kuih Getas
Resepi Che CT

Bahan-bahan:

250 gm tepung pulut
150 gm kelapa parut putih
130 ml air
secubit garam

Bahan untuk sira:
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Campurkan tepung pulut, kelapa parut dan garam dan gaul sebati. Kemudian tambah air sedikit demi sedikit dan gaul adunan hingga menjadi doh.
2. Kepalkan bulat2 adunan dan dileperkan sedikit (saiz, ketebalan dan bentuk boleh dibuat ikut suka). Buat sampai habis.
3. Goreng hingga kekuningan, kemudian ketepikan.
4. Untuk membuat sira, didihkan air dalam kuali kemudian masukkan gula dan gaul rata hingga pekat, berbuih dan bertali.
5. Setelah sira pekat, kecilkan api dan masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi. Gaul kuih sehingga sira rata keseluruh permukaan kuih. Bila gula mula mengeras matikan api. Sedia utk dihidangkan.




21 comments:

  1. Selamat Menyambut Aidil Adha Ct, Amie sarapan kuih getas-getas di sini ye Ct....rajin Ct buat kuih yang memang feveret Amie ni...dan nak tapau 3 ketul buat bekalan ke Lembah Danum..

    ReplyDelete
  2. kak ct..............
    haruskah pagi2 kak tayang kuih peberat ayu nie?

    DAH LAH KAK CT DUK jauh...kalau balik jb sure ayu tak segan silu ketuk pintu... hehehhe

    PS: selamat menyambut hari raya aidiladha buat kak sklrg,dan selamat bercuti ya.. jgn cuti lelama tau

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum CT.. kuih org lama ni dan sedap.. lemak2 manis rasanya..... susah nak dapat org jual skrg.. kena buat sendiri..

    ReplyDelete
  4. emak bundo selalu buat kue ni masa bundo kecik dulu. Bundo? beli je hehe.
    Banyak betul koleksi kamera tu ye ct. Boleh buat muzium tu.

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, buat CT dan keluarga juga...

    Raya kat mana CT?

    bila tengok kuih getas CT ni teringat kat arwah atuk ita..
    Arwah suka sangat buat kuih getas ni dah macam kuih wajib pulak! hari2 mesti ada kalau habis dia buat lagi..

    rajin betul Ct ni nanti ita nak cuba resepi dari CT ni sebab ita tak sempat minta resepi dari arwah atuk..

    ReplyDelete
  6. assalam kak CT, sedap neh getas wat kudapan time raya..sementara tunggu lembu tumbang hehehe

    Salam Aidiladha buat kak CT sekeluarga ya..selamat pulang ke kampung.Berhatu2 di jalan raya

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya aidil adha k ct cayang...

    Pernah buat sekali kuih getas ni ntah berape tahun lepas....mmg besh kunyah liat2 manis tu...

    ReplyDelete
  8. salam Ct...ni kuih peberet arwah ma Liza...

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya kak Ct, kuih ni rasa dia cmana ye, nampak senang je kan nak buat, teringin lah pulak

    ReplyDelete
  10. paberet CA ... selalu beli ... bila bila nanti nank kena try buat gak..

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum K.CT,
    rajinnya akak wat kuih getas2 ni...dulu mak rajin buat dan yatie rajin makan..hehehehe..rasanya sekali je yatie buat kuih ni, pastu tak buat lagi sampai skrng..lamanya kan...tngk akak buat ni, rasa skrng gak nak buat..kuih kegemaranku..sedapnya kak..

    ReplyDelete
  12. Selamat pagi dan selamat menyambut Aidil Adha lagi dua hari. Sedap nampak kuih getas nie saya tak pernah makan lagi eringin juga nak rasa. Saya simpan dulu resepi nie ye...

    ReplyDelete
  13. Selamat pagi Kak CT
    sukanya Rahel ngan kuihh getas..dari duuuuulu lagi hingga kini..tetap suka pada kuih getas..sedap..

    ReplyDelete
  14. Slm aidiladha kak...plan nk msk apa raya nanti, lama tak mkn kuih2 tradisional ni, kalau kt pantai timur kuih getas panjang2 gitu..pas tu lagi....mesti K'CT ada byk koleksi camera ni, mcm2 nmpk tuu

    ReplyDelete
  15. Assalam Kak Ct syg,Dikesempatan nih sy pon nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha wat akak n family ya,maaf segala slh n slp sy,halalkan segala resepi yg di ambil ya kak..
    Sedapnyer kuih nih,xpernah lagi wat sendri kak..c

    ReplyDelete
  16. slmt hari raya CT...

    ehh.. klasik2 pun.. sedap tu kuih org2 lama.. akak suka..

    ReplyDelete
  17. salam k.CT...sedapnya kuihni terliur lieza...dulu slalu mkn...nenek rajin buat...mcm nak try la...

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum kak ct..

    lum pernah buat sendiri kuih getas ni..byk betul koleksi kamera klasik akak...terjaga pulak tu...salam aidiladha dari e-na...

    ReplyDelete
  19. kalau tak silap, orang kelantan panggil kuih badak ni...dah lama tak makan ni...suke jugak kuih tradisional mcm ni...

    selamat hari raya kak ct...

    ReplyDelete
  20. selamat hari raya aidiladha kak .. tak pernah makan kuih ni.. pertama kali ita tgk..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...