Thursday, January 26, 2012

Kek Gula Hangus




Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi buat semua teman2 Che CT. Hari ni CT nak bercerita sedikit tentang resepi hari ini iaitu Kek Gula Hangus @ kek Sarang Lebah. Kek ni ada banyak nama dan bermacam2 gelaran juga yang diberi. Sebenarnya Kek Gula Hangus ni juga adalah kek yang pertama sekali CT cuba buat dan masa tu umur CT baru je 19 tahun. Ada seorang kakak kat tempat kerja CT kat JB tu yang ajar CT cara2 nak buat kek gula hangus yang cantik. Lepas dia ajar tu, CT konfiden bole buat dan terus berazam bila balik rumah nanti nak mencuba terus. Lepas aje beli bahan2, tak tunggu lama2 terus aje CT buat. Memang suka yang teramat sangat sebab percubaan kali pertama itu walaupun tanpa melihat bagaimana cara membuatnya, tapi CT berjaya mendapatkan kek sarang lebah @ kek gula hangus yang cantik... hehehe. Tapi itu cerita dulu, masa CT belum lagi pandai membaking. Sekarang ni bila dah rajin membaking, CT dah lupa pulak cara-caranya macamana dulu CT buat kek gula hangus tu cantik. Beberapa kali CT cuba lagi sebelum ni tapi tak dapat hasil yang CT nak macam dulu2 tu... kecewa juga. Resipinya pun dah hilang entah kemana.

Untuk menu Kek Gula Hangus kali ni, CT cuba resipi dari Kak Anim yang menurut kata beliau dia dapat dari kawannya yang bernama kak Anna. CT tengok resipi ni pun dah dicuba oleh Mas Duniaku , Izah IML dan Anna Qawina. Boleh dikatakan CT gembira jugalah dengan hasilnya walaupun sarang lebah kat kek ni macam tak berapa nampak. Sebenarnya ini percubaan CT yang kedua. Cubaan yang pertama dulu kerana CT sekadar nak mencuba dan buat 1/2 adunan je, jadi dapatnya sikit sangatlah pulak. Dan kali ni CT buat mengikut sukatan yang diberi. Tapi CT kurangkan sedikit sukatan susu kepada 1/2 tin aje sebab CT rasa terlalu manis kalau letak 3/4 tin tu. Selain tu, CT kurangkan juga sukatan soda bikarbonat tu kepada 1 1/2 sudu kecil.

Terima kasih pada Kak Anim yang sudi berkongsi resipi Kek Gula Hangus ni. Harap Kak Anim tak kisah CT panjangkan pula dalam Blog Dapur CT juga ya. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua dan semoga kehidupan Kak Anim sentiasa mendapat keberkatan didunia dan akhirat... A-minnn. Jom kita lihat resipinya kot-kot ada juga yang ingin mencubanya pula. Daaa....




Kek Gula Hangus
Resipi : Kak Anymz - MyKitchen
Di olah : Che CT


Bahan gula hangus :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas

Cara membuatnya :
1 cawan gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula cair sepenuhnya barulah masukkan 1 cawan air panas kedalam gula hangus tadi bermula dari tepi periuk. Hati2 dengan gula yang panas sewaktu masukkan air kerana gula akan meletup2 dan terpercik.

Bahan Kek :
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
4 biji telur
3 sudu besar butter
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara membuatnya :
1. Alas loyang atau acuan dengan kertas minyak dan glis dengan butter - ketepikan.
2. Pukul butter dengan telur hingga sebati. Tak perlu pukul hingga kembang, cukup dipukul hingga adunan sebati saja.
3. Masukkan susu pekat manis dan masukkan juga gula hangus tadi. kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Dan kacau lagi hingga adunan rata. Perapkan sebentar dalam 10 minit.
5. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama lebih kurang 45minit hingga 1 jam atau boleh uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila ditarik keluar lidinya bersih tandanya kek sudah masak.

28 comments:

  1. CT...CT akak datang bawa Nasi Lemak Ayam Sambal Hutan...nak buat pertukaran dengan CT...sebab akak suka kek ini. Suka makan tetapi tak pandai buat...selalu jadi hitam...selamat pagi CT...

    ReplyDelete
  2. as-salam KAK ct
    cantiknye kek gula hangus kak Ct buat ni..npk jelas sarang2 kek ni..mmg suka dgn kek ni...

    ReplyDelete
  3. Salam ceria pagi ini Ct,

    Betul tu walaupun kek nie nampak senang kekadang buat tak begitu menjadi sarang nya. Mungkin terberat atau terkurang sana sini. haha tapi ianya sangat sedap. Saya pun kekadang tak dapat kesempurnaan bila membuat kek ini.

    ReplyDelete
  4. wahhh..kak...ade kek sarang semut laaa....hihiihi

    akknyer lg senang...sy nyer resepi tu...kene perap 2-3 jamm..huhuhu

    ReplyDelete
  5. ada sarang semut la di sini.

    kakna pernah buat dua tiga kali juga percubaannya baru jadi.

    ReplyDelete
  6. tringat masa buat kek ni, ingatkan dah tak menjadi. alhamdulillah elok je. dan saya pun kurangkan susu pekat tu..

    apa apa pun, kalauhidangan dari tangan kak ct, semuanya namak sempurna .. i likeee

    ReplyDelete
  7. macam sedap aje...
    nak off topic... nak tanya rempah 4 beradik tu rempah ape yek?

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Ct..
    Kek gula hangus la yg paling senang respi nya kannn..cuma nak naikkan sarang tu aje ada tekniknya...
    Dulu mak selalu buat, skrg mak asyik buat kek bahulu jeee..hehehhehe *tahan lama katanya...

    *nanti nak order mak suruh buat le..maklum le anaknya ni 'M' hahahaaaaaa....

    ReplyDelete
  9. tengok kek akak ni teringin pulak saya nak makan..dah lama betul tak makan kek gula hangus..:)

    ReplyDelete
  10. ermmmm...wanginya bau kek gula hangus tu... nak sepotong boleh?

    ReplyDelete
  11. mmg suka kek ni. klasik dan senang di buat.

    ReplyDelete
  12. sedapnya kak ct, tak penah lg buat sendiri, cuma dulu penah buat dgn mak time bulan puasa, selalu beli je tapi kekadang terkena gula tu over masak kot, rasa pahit

    ada setengah org buat berlubang2 sangat, geli pulak nak makannya

    ReplyDelete
  13. terbaekk! saya masih gunakan resepi yang pakai sukat ngan tin...:) gila lama punya resepi...

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Ct,
    rajinnya buat kek gula hangus..kek ni memang pilihan Rahel gak...sedap dan lembut je kan..

    ReplyDelete
  15. Siang kak Ct. Melly pernah buat kek ini tapi tak menjadi lah, tak terlihat sarang nya.. hehe
    coba lain kali pake resep nya kak ct , kali aja akan cantik cake nya seperti buatan nya akak.. ;)

    ReplyDelete
  16. Kak Ct cayang,nmpak ok dah tuh kek akak ih,sy kek jns nih jer xpernah wat lagi kak,takut sarang xjadi..Tingin gak nak try wat nanti..Wah time umo akak 19taun tuh,mesti lagi cun n tgh gediks2 tuh kak,hehe..Pstt dah jumpa CM ke time tuh kak ct,hehe..

    ReplyDelete
  17. salam kak ct..memang sedaaap sangat kek gula hangus kak nim ni kan kak..dah cantik sarangnye tu! sukaaa :)

    ReplyDelete
  18. Salam CT juga salam perkenalan TerimaKasih segunung tinggi datang menyinggah diblog Ratna dan sering juga datang menyinggah diblog CT, photos yang diambil begitu kemas lagi cantik persediaanya.

    Selama ini Ratna tidak pernah kenal dan merasa kek gula hangus ini semenjak kenal para blogger masakan&baking baru tahu dan lihat rupa-parasnya, gimana rasanya kek gula hangus ini?

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  19. Ni antara senarai kek yang akak teringin nak buat tapi tak terbuat2...nak mintak CT tapaukan tuk kak cek lah...ni akak bawak macaron tuk CT...nanti rasa k...

    ReplyDelete
  20. CT terima kaseh sudi singgah blog kk ana,sebenar nya kk ana baru je cuba berblog utk simpn resepi2 n ngomel2.Kk ana pun pernah buat kek ni tapi tak pernah besarang tak tahu silap kat mana kk ana nak cuba resepi CT pulak TQ SYG

    ReplyDelete
  21. Thanks kak ct kerana sudi syer resepi.sye dh mencuba dn hasilnya mengagumkn.walau first time buat,terus menjadi hasil dr resepi akak.thanks byk2.

    ReplyDelete
  22. nak taye...mcm mane nk sukat bater gune sudu?ummm blh xtukar bater 2 dgn majerin?

    ReplyDelete
  23. macam mane nak sukat gune sudu ek?blh x ganti bater ngn majerin je?

    ReplyDelete
  24. Terima kasih krna kongsi resepi dah buat dah.Sedap tak tau nak habaq..............

    ReplyDelete
  25. salam ...tq....saya dah mencuba alhamdulilah menjadi...dan sedap...

    ReplyDelete
  26. Sy dah buat kek ni beberapa kali tapi kerap TAK MENJADI dari MENJADI . Sedih dan frust betul. Ikut resepi CMG .. dan ada a few blogger juga .. ramai kata perlu perap lama. Paling singkat pun 4 jam. Lagi lama lagi baik. Telur pula di pukul biar kembang dan naik. Ermmmm ...ntah kenapa jarang nak menjadi. Dari segi rasa dan warna .. ok .. pass. Tapi dari segi RUPA fail. langsung tak bersarang.Mampat gitu. Ni tengok pada resepi CT .. telur dipukul asal sebati je .. dah tu perap pun 10 minit je .. bakar pula 45 minit. Resepi yang saya ikut tu, katanya bakar sejam pada suhu 160. ermmmm ... pertama kali saya cuba guna non stick pan. Bawahnya jadi hangus. Memang saya frust betul. Tapi masih ada semangat dan minat nak mencuba .. guna pakai resepi CT pula. Macam CT, saya pun kurangkan susu juga. Kalau ikut sukatan di beri, abisslah pakat dapat penyakit diabetik. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...