Assalamualaikum dan salam ceria buat semua. Sebenarnya CT masih lagi bercuti dan masih lagi dalam mood raya. Tapi CT ingin mengambil kesempatan untuk menyelitkan entri ini di atas permintaan Miss Nicoletta Palmas iaitu salah seorang editor majalah Open Kitchen Magazine Italy yang meminta supaya di war-war kan tentang majalah online ini di blog CT secepat yang mungkin.

CT pernah memaklumkan sebelum ini yang CT telah dihubungi oleh pihak majalah tersebut kira-kira sebulan lebih yang lepas samada CT berminat untuk menyertai team contributors beliau. Maklumlah, majalah ni berasas dari barat jadi variasi resepi yang dapat CT kongsikan untuk lingkungan pembacanya mungkin agak terhad. Tapi CT ambilnya sebagai cabaran dan CT akhirnya memberi persetujuan. Bagaimanapun untuk resepi sumbangan CT yang pertama, CT telah meminta kepada beliau samada CT dibenarkan untuk menyumbangkan 1 resepi dulu sebagai 'cubaan pertama' sebelum memberi jumlah resepi seperti yang diminta untuk setiap keluaran dan beliau akhirnya bersetuju. Dan resepi CT akhirnya dapat sama-sama menyertai resepi-resepi contributors dari ceruk rantau yang lainnya untuk keluaran August 2012. Tapi beliau meminta supaya tidak dikongsikan dahulu resepi tersebut dan memberi tempoh 2 minggu dahulu sebelum CT kongsikan di blog CT pula.

Apa yang membuat CT paling tak boleh tahan dan nak tergelak sikit ialah bila CT melihat muka CT yang nampak agak asing bila berada bersama lingkungan contributors yang lain tu sebab CT sorang je yang pakai tudung hehehe. Apapun, CT ucapkan terima-kasih kepada Nicoletta Palmas yang memberi peluang ini kepada CT dan memberi kepercayaan kepada CT untuk turut sama mewarnai resepi-resepi yang dikongsikan untuk tatapan pembaca majalah tersebut di sana dan benua barat sekitarnya.
Akhir kata, sehingga bertemu lagi nanti, salam sayang dari CT untuk semua.
Salam hari raya...hehe...gambar Ct tak pelik lah di kalangan mereka....mmg ada kelainan tapi ada kecomelan nya di antara mereka. Tahniah.
ReplyDeleteHi CT, how nice to be invited to be one of the contributors of recipes for a magazine, congrats:D Selamat Hari Raya to you and your family:)
ReplyDeleteAsslmkum kak ct
ReplyDeletewahhh!! Sue tumpang bangga tau. Bila akk terselit antara ramai2 tu. Tahniah kak. U are the best. ;)
Tahniah CT. Tumpang berbangga
ReplyDeletePerghh....kena masuk kelas bahasa Itali lepas ni kalau nak calling2 kak ct....hahaha...apa2 pun tahniahh kak siti delimaaa....merahnyaa mak ngahhh!!!
ReplyDeletetahniah Ct wah hebatlah berada ditengah2 orang putih tu bukan senang kan usaha Ct berbaloiiii akak tumpang gumbira
ReplyDeleteWaaaaaaahhh tahniaaah CT cayang...akak pun mcm Mat la jgk...kan Mat kann...kita kena rajin tgk citer Italy la kalau camni...xpun x paham sepatah haram...hehehe... Mmg bangga dgn kejayaan CT skrg dan cabaran yg CT ambil, moga berbaloi...muaaahhh!
ReplyDeletecongrats kak... ;)
ReplyDeleteselamat hari raya ct..tahniah yer..glam gitu
ReplyDeletetahniah ct. Ct menjadi pembakar semangat bundo ni hehe..
ReplyDeleteComel je ape ct duk celah dorang tu.
Salam sejahtera.
ReplyDeleteMemang terbaiklah CT.
Apa-apa pun kami sentiasa di belakang CT.
Lepas ni boleh masuk ke tv pulak!
tahniah CT... sangat berbangga kerana CT berani menggalas tanggungjawap yg diberi & berani menerima cabaran ini...
ReplyDeletesalam aidilfitri dr MaDiHaA sekeluarga..
tahniah CT , Tie selalu tengok resipi2 CT memang menarik. Sekali dilamar warga asing memang maju . Syabas! dari rosywhitekitchen
ReplyDeleteTahniah Che Ct... suka tengok Ct di antara yang lain tu...teruskan usaha ye Ct untuk memartabatkan chef tanahair kita!
ReplyDeletesalam.. wah bangga la jue ngan akak..
ReplyDeleteakak mmg terbaik..
tahniah! dah keluar pun... dgn wajah baru dan maju lebih ke depan lagi di persada antarabangsa.. hebat! nor tumpang bangga dgn ct.. mmg nampak kelainan kan, sorang solehah ditengah2 bangsa asing dan lebih terserlah bila dipanah kaler merah dan hitam hehe..
ReplyDeletecongrats again.. :)
tahniah k ct..dh berkembang bakat k ct yer...
ReplyDeletetumpang bangga krn k ct mnjd org melayu yg diiktiraf oleh majalah barat...
Salam, Selamat Hari Raya Aidilfitry, Ada anak-anak/saudara mara bersekolah. Kalau ada, mari langgan ALAT BANTU BELAJAR TERBAIK selepas waktu sekolah ini. Berkualiti tinggi, terbukti berkesan dan interaktif.
ReplyDeletelayari http://www.penjualgemilang.com
Semoga sejahtera.
thniah akak..bngganya dgn akak..teruskan ya ;-)
ReplyDeleteTahniah Kak CT kerana terpilih.. Semoga Kak CT dapat mengharumkan nama negara dan berjaya kembangkan bakat akak. All the best!
ReplyDelete