Wednesday, January 18, 2012

Apam Polkadot - Part 3




Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi. Semoga semuanya sihat dan ceria sentiasa hendaknya. Sarapan apa kita pagi ni ye? CT semalam dok berpusing sekejap kepala ni. Bukan pusing apa, cuma pusing memikirkan apa menu nak buat untuk sarapan esok pagi. Dah puas berpusing satu dunia, 'ping!' haaa... nak buat apamlah! Macam tu lah kadang2 yang terjadi, menu untuk sarapan pun kadang2 boleh memeningkan kepala. Maklumlah, surirumah sepenuh masa macam CT yang duduk dirumah ni tak apalah. Tak kisahkan lambat sarapan pun takpe. Bila2 masa nak makan atau minum, buat aje ikut selera tekak kita bila2 hendak. Tapi untuk anak2 yang hendak ke sekolah dan suami yang nak pergi kerja tu, tak bolehlah buat macam tu, ye tak. Dah menjadi kebiasaan sejak CT mula2 berkahwin dan sampailah sekarang anak2 dah besar2 dah, sarapan adalah tajuk utama yang sangat penting untuk CT fikirkan, sebab semuanya mesti ambil sarapan sebelum keluar dari rumah.



Okeylah, cukup bab sarapan tu hehe. Menu pagi ni ialah Apam Polkadot yang dah agak lama CT tak buat. Sikit masa dulu, cukup fenomena kan apam polkadot ni. Meriah satu Malaya membuatnya sampai terkenal hingga jadi hantaran kahwin pun ada. Apam polkadot yang kali ni CT cuba resepi dari Rima yang sumber asalnya dari AlongRoz . Dalam resepi asal, Alogroz letak inti kelapa tapi yang CT buat ni CT gantikan dengan blueberry jem aje. Adunan apam ni lembut aje walaupun bila dah sejuk. Yang sebelum2 tu CT ada buat juga, macam tak berapa menjadi, mungkin CT pukul kurang kembang agaknya. Resipi ni CT buat 1/2 adunan aje, itu pun dah banyak juga dapatnya. Untuk itu mintak izin pada kedua2 teman CT ya untuk diletakkan juga resipi apam ni dalam Dapur CT. Kepada teman2 yang ingin mencuba, silakan ye. Daaa.....


Apam Polkadot
Resipi : Rima
Sumber : AlongRoz
Di olah : Che CT


Bahan-bahan :
3 biji telur sejuk - dari peti ais
250 gm Gula
284 gm Tepung Superfine
2 ½ sudu teh Baking Powder
1 sudu besar Ovalette
160 gm Santan Pekat
1 sudu teh esen vanila

Inti (dari resepi asal AlongRoz):
100 gm Kelapa Parut
3 sudu besar Gula Merah
2 sudu besar Gula
3 sudu besar Air
1 sudu teh Tepung Jagung
Kacau semua dalam periuk sehingga sebati. Sejukkan sebelum di gunakan.
(CT tak buat inti kelapa. CT ganti dengan jem blueberry)

Cara-cara:
1. Pukul kesemua bahan2 sekali gus. Dengan kuasa tinggi sehingga pekat & kembang (CT pukul anggaran 5 minit).
2. Paipkan adunan separuh penuh ke dalam kertas muffin.
3. Letakkan di tengah2 nya ½ sudu teh inti kelapa ( CT letak inti jem blueberry).
4. Tutup dengan adunan sehingga hampir penuh.
5. Kukus 15 minit dengan api sederhana. Jangan guna api besar takut apam merekah (CT balut penutup kukus dengan kain bersih, agar air tidak menitik atas apam).





62 comments:

  1. Assalamualaikum akak ct cayang...
    a'aa akak.. sarapan wajib d ambil tiap hari.. gitu gak ngan org umah diana .. sarapan x bole tinggal...

    ermm .. akaaak... cantiiiiiiknyaaa apam polkadot tu akak... comel2 belaka.. geram diana tgk..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak CT,
    Yatie dtng pepagi nak tumpang sarapan ni, ada lagi ke apam polkadot utk yatie tu...he3...sbb tu yatie suka kuih kukus2 sbb leh wat bf sekali bila buat malam tu..jadi pagi taklah sibuk sangat..lagi2 kalau kuih apam, mng kegemaranku dan anak2..

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum kak CT..
    Kak, nak 4 ketul apam cantik molek ni. Nak yg dalam gelas kaca tu..Cantik presentation akak...

    ReplyDelete
  4. as-salam kak ct,nampak sgt menarik apam polka dot nie.nonie pernah cuba buat sebelum nie,1st try menjadi,2nd try x jadi.sedih...

    ReplyDelete
  5. Diana @ Melley Mey ~

    Wa'salam Diana Manisss...selamat pagi. awal bersiaran ya ..hihi. k.ct ni jap lagi sibuklah nak mop rumah, time2 ni lah nak BW segala :)

    Tulah ada nampak orang buat besar2 gitu, yang ni k.ct guna yang acuan kertas comel2 belaka, jadi dapatnya banyak sikit diana. senang sekali masuk mulut hilang..hihihi

    ReplyDelete
  6. Yatie ~

    Wa'salam Yatie, selamat pagi :) k.ct pun suka yang kukus2 juga senang dan tahan lebih lama sikit berbanding yang dibakar kan Yatie. Lagi satu kalau kukus ni mois sangat.

    Jom kita sarap sama2 ya :)

    ReplyDelete
  7. Naz / Nadz COSK ~

    Wa'salam Naz comel..hihi. tr kasih alahh..ni dah kering idea tu yang abil apa yang ada jer Naz. nak tukar2 selera..hihi

    K.ct suka adunan dari Along Roz ni lembut walau dah semalaman kita simpan Naz. Jom kita makan ramai2 yok :)

    ReplyDelete
  8. Baru sekali buat apam polkadot ni. Memang teringin buat lagi tapi malas je. Inti dia tu cam best je

    ReplyDelete
  9. nonierahman ~

    Wa'salam Nonie, selamat pagi. Apa menu bf untuk orang tersayang tu..hihi

    K.ct kali ketiga baru menjadi ni Nonie. suka sangat2 Yang sebelum2 tu seakan keras sedikit. Tapi yang ni memang lembutttt jer suka buat bila menjadi. Nonie cubalah yang ni mana tahu jadi kan :)

    ReplyDelete
  10. Aslmkm Kak Ct..Mengapam lagi ya..Cumei ja tgk apam tu pose dlm cawan.. Akak memang kreatif tau..Heee

    ReplyDelete
  11. Kak Sam ~

    Salam Sam..selamat pagi. Yang ni kira menjadi dengan elok, sebelum2 tu buat macam seakan keras atau ct buat kurang pukul kot. Entahlah tak tahu mana silapnya. Tapi adunan dari Along ni cantik jer memanag menjadi suka rasanya :)

    ReplyDelete
  12. Ibh ~

    Wa'salam Sue..selamat pagi dear :)
    kes mengapam ni memang suka, sebab anak2 laju jer makan. K.ct pun tumpang makan sama gak Sue..hihi.

    Kreatif tu kadang2 tak sangatlah Sue. Idea ni kadang2 datang secara sepotan. Tapi tengok mood jugalah kalau nak amik gambar ni. Bila penat sanagt gambar yang nak diambil tu hambar jer. Kalau mood elok, eloklah kejadian gambar tu..macam tulah :)

    ReplyDelete
  13. salam kak CT..

    tak pernah cuba lagi resepi apam yang ni...siap ade inti kelapa lagi...saye save dulu...ade kelapangan teringin jugak nak cuba...cantik la gambar...:)) suke tgk

    ReplyDelete
  14. salam Ct

    waa... ada apam dot dot.. cumil cumil..
    mintak lah seketul.. eh mana cukup kan seketul nak sepiring boleh???

    suka Ct gambar yg first tu.. cantik!

    ReplyDelete
  15. chikadakbiru ~

    Wa'salam CB...selamat pagi :) k.ct pun tak pernah buat apam dot dot ni letak inti. Bila baca resipi ni along letak intik macam sedap. Tu yang nak cuba, tapi tak letak juga inti letak jem jer..hihi

    okey2..silakan mencuba gerenti CB suka :)

    ReplyDelete
  16. Azlita Aziz ~

    Wa'salam Ita cayangg...selamat pagi :) dah kemas2 baju nak bawak balik Kg nanti..hihi. seronoknya dengar teamn2 nak balik Kg kan. Kita rasanya dok jer kat umah..huhuhu

    Itaaa.. terima kasih. idea tu datang secara sepotan. dok jadi spiderman tau nak amik gambar first tu..hahaha. apa pun tak sangka Hubby pun suka pic tu. Jadi kiranya jadi spiderman pun berguna juga kan Ita..hihihi

    ReplyDelete
  17. Pagi kak CT. Jumpa lagi yah pagi pagi, biasa anak anak dah sekolah jadi nya emak nya pun busy depan laptop khan..hehe
    Melly pun kadang githu pusing mau memikirkan menu,untung nya yah kalo sarapan anak anak tak cerewet sangat, makan tiap hari sarapan dengan tost bread pun mereka ngga nolak, kalo dah malas dan tak sempat yah ,melly cuma kasih mereka cereal dan susu aja.hehe

    Cantik apam polkadot nya, sudah lama mau buat apam macam ini,tunggu mood nya datang dulu kali yah, skrg masuk saja dalam list dan bookmarked dulu recipe nya.. hehe

    ReplyDelete
  18. Salam kak ct..

    cantiknya apam tu.... dah lama tak makan

    ReplyDelete
  19. Salam Kak...

    Comei2 nyaaaa...nanti try buat dlm mgkuk muffin tu, hrtu mak Lin dia xde cup kecik ni, dia btnya dlm mangkuk muffin tu, kembang setaman jdnya..heheheheh

    Yg inti kelapa tu pun anak2 x suke la, sedap blueberry juga... :)

    ReplyDelete
  20. Assalam CT..
    cantik betul apam dot dot tu CT.. Ratna belum buat lagi apam versi dot dot gini... tp resepi apam dotdot yg pernah popular tu dah pernah try tp versi lady bird sbb teruja sgt dgn corak tu.. hihi.. ingat nak try jugalah apam versi dotdot pula... ni sedang berangan2 nak buat utk majlis yasin kat kg... entah rajin ke idak nak mengedot. harap2 rajinlah... hehe..

    ReplyDelete
  21. mak aiii...cantik nya pic ni ct...tak puas mata memandang....apam nie...simpan sikit ye...mana tau jap lg liza sampai..hehe

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. belum sarapan ni.. bak sepiring.
    comei.. apam cik.ct.

    ReplyDelete
  24. cantikknya apam tu berposing kak ct...
    tergoda i nengoknya tau.....

    ReplyDelete
  25. Salam Ct....orang panggil comey la polkadot tu. Pembalut kertas pun saya suka.

    Ya betul tu gambar yang kita snap nampak clear dari dulu hihi sbb kita tukar camera.Kita baru dok belajar tak berapa pandai lagi...hobi lama dulu waktu single kita guna camera sebelum era digital ...manual tapi bila dok guna jenis compact kita dah lupa habis fungsi nya skg baru dok study . Apapun kita suka suka saja . Saya suka lihat gambar yang Ct rakam...sangat cantik terutamanya gambar di mana kabur di bahagian depan tapi terang di bahagian belakang. Kita cuba tak buat tapi tak suksess lagi la...

    ReplyDelete
  26. Assalam kak ct,apam akak mmg comey sgt,secomey akak..Kecik jer mmg cute sungguh..Sy baru nih da mmber tempah juga apam nih,utk besady anaknya,mmg budak2 suka sgt,berebut mkn..Sambil bw ngan ank nih,yg 1st siap ckp g,ummi dap ummi,hehe..Dia mmg suka apam nih kalo sy wat,mmg pulun mkn..

    ReplyDelete
  27. salam kak ct
    hanim KIV resepi ni yer
    nak try pulak buat apam polkadot pakai santan.

    ReplyDelete
  28. Selamat pagi Kak Ct,
    ceriahnya pagi ini..buka ltop terus tengok apam polkadot yg kalerfull..nampak cute2 semua..so apa macam Kak Ct? Rahel nampak ada berapa pinggan apam tu..bole bagi 1 pinggan k?

    ReplyDelete
  29. comelnyer!!!!!!!!!!!!!!! sayang tun nk makan.

    ReplyDelete
  30. K.CT
    Nice pics! ty for trying.. this coconut blossom memang fav kami sekeluarga.. buat satu adonan pun selalu tak cukup if dimakan bersama all my sisters and family.. recipe i got it fm Aunty Yochana .. memang lain and lembut sesangat..

    ReplyDelete
  31. menggoda la apam polka dot Ct ni...cute mute...cun sangat!

    ReplyDelete
  32. Waaaa....lewatnya kak cek sampai...ada lagi apam polka dot CT....jgn la ckp dah abis....kempunan akak tau...he he...suka tgk kaler2 yang terang benderang...pas tu kan ...gambo apam ni fuyooooo...yg dalam gelas tu menggoda sungguhhhh...cantikkkkk...:)

    ReplyDelete
  33. kiut la apam tu. saya suka makan tapi tak suka masak. hihihi.

    ReplyDelete
  34. Melly Octaviana ~

    Selaat petang Melly, baru sempat balas komen. agak bizi didapur masak2 bagai untuk anak2. Macam biasa selalu bizi ya kan..hihi.

    Yalah anak2 k.ct juga tak kisah kalau ada roti kosong sapu jem atau butter pun meraka suka. enggak cerewet Melly..Alhamdulillah.

    Yok coba yang ni Melly memang sedap banget, lembut sekali mahunya anak2 akan ulang2 makannya nanti :)

    ReplyDelete
  35. Wanieyra ~

    Wa'salam Ira, yalah k.ct pun lama dah tak buat. Ni yang teringin tu yang cari resipi lain dari yang lain..memang lembut dan sedap Ira..cubalah :)

    ReplyDelete
  36. Mala ~

    Salam Mala...terima kasih ya. Mood baik masa amik gambar ni, tu yang elok kejadiannya :)

    ReplyDelete
  37. Sis-Lin

    Wa'slaam Lin...oh cik Rosnah suka juga ya. okeylah apa yang ada kat rumah tu boleh jer buat Lin. Kalau nak letak dalam acuan kecik2 tu kena alas dengan acuan lompang jadi taklah kembang setaman nanti lin..kang lembik semacam kang..hahaha

    cubalah..kukus jer tak payah nak tunggu oven. A'ah inti jem memang sedap Lin. Laju jer anak2 ni makan :)

    ReplyDelete
  38. MaDiHaA a.k.a Ratna ~

    Wa'salam Ratna..a'ah ct ada tengok Ratna buat versi lady birts so sweet geram jer tengok..hihi

    ct pun sebelum2 ni dah buat apam yang dot dot tu agak macam keraslah adunan nya. Mungkin ct pukul tak sampai kembang sangat kot. Yang ni lama juga ct pukul memang sedap lembut jer sampai esok.

    ReplyDelete
  39. Hilmirda Daud ~

    Salam Hilmirda..terima kasih sudi menjengah dan tinggalkan komen Dari Dapur CT.


    kalau buat comel2 begini..sekali masuk dalam mulut senang. Kalau besar2 tu harusnya dua tiga kali nak gigit kan :)

    ReplyDelete
  40. DaRi DaPuR LiZa ~

    Salam Liza..dah petang2 ni mana nak ada balance apam ni dah habis cuma tinggal bekas kosong jer..hihi

    ReplyDelete
  41. Kakna ~

    Salam Kakna...nak hulur piring seanlah Kakna..dah habis..hehehe. comel macam tuannya kecik jer..hehehe

    ReplyDelete
  42. Mas ~

    Salam petang Mas, cantik ker..alahhh malunya Mas puji k.ct cantik..suka I..hahaha

    Mas..apam ni posing sebab nak goda2 Mas, nak suh buat juga untuk anak2 kat rumah tu. Kan semuanya suka makan. Mas pun suka makan gak tu maklumlah dah berdua kan..mana cukup makan sikit2..hihi

    ReplyDelete
  43. CitarasaKu ~

    Wa'salam Noor..dah namanya apam buat kecik molek lagilah nampak comel ni Noor..hehehe

    Dulu ct pun pernah guna kamera manual pakai filem lagi. Memang susah juga nak fokus kan. Tambah2 lagi benda begerak. sebab ct dulu ikut Hubby amik gambar orang kawin. Tu yang tahu serba sedikit amik gambar.

    Sekarang dah mudah dan senang semuanya digital..petik2 kalau tak nak boleh deleted kan. Memang mencabar dulu2 kalau amik gambar ni.

    ReplyDelete
  44. Zaliedana ~

    Wa'salam CT..betul tu CT, k.ct buat ni pun anak2 yang lebih2 makan. Suka kalau buat sesuatu makanan ni anak2 gemar dan makan kasi habis. Kalau tak habis bermakna tak sedaplah kat tekak anak2 tu..hehehe

    Tapi rasanya resipi ni akan ada siri yang kedualah CT. mak aiii..macam drama pulak dah bersiri2..hahaha

    ReplyDelete
  45. Roses_Leo09 ~

    Wa'salam Hanim, silakan Hanim..k.ct cakap jujur memang sedap dan lembut jer sampai esoknya. silakan mencuba ya Hanim :)

    ReplyDelete
  46. Rahel ~

    Selamat petang Rahel cayangg...maaf walaupun nampak banyak, tapi semuanya udah habis. Tinggal piring dalam almari udah kemas..hihi

    lain kali bunyi loceng dulu ya, kalau mahu datang nanti k.ct simpankan sikit buat Rahel minum sama nescafeO..hihi

    ReplyDelete
  47. tun_telani ~

    Salam Tun..kalau sayang, tak apalah nanti k.ct tolong makankan atau frame untuk Tun jer..hehehe

    ReplyDelete
  48. Rima ~

    Tq Rima..share resipi yang meletop!

    k.ct pun memang terasa kelainan pada apam ni masa mula2 makan, sebab ada pengunaan santan. Next tie nak buat lagi satu adunan buat balik kg..hihi. Oh resipi dari Aunty Yochana rupanya. Anyway..Thanks ya Rima :)

    ReplyDelete
  49. Gee ~

    Salam Gee, tak kan puji apam jer kot..penat ct posing maut kat rumah ni tak nak puji cun gak ker..hahaha

    Terima kasih ya Gee, ada bawak puding sekali tak :)

    ReplyDelete
  50. Cik Cek ~

    Salam kak cek...takutnya nak cakap niii..habissss! sori sangat2 kak cek tak dapat nak simpan tuk kak cek cayangg.. anak2 sangat suka makan apam ni. Lagi pun ct buat 1/2 adunan mula2 tu tengok macam banyak. Bila masing2 dah makan macam tak cukup pulak..hehehe

    Nanti ct buat siri kedua ct simpan buat kak cek ya...muahhh!

    ReplyDelete
  51. kakchik@ella ~

    Salam Kak chik, kalau suka makan tak suka buat payahlah nak cakap..hehehe. Tapi kalau suka makan dan suka buat haa..yang tu boleh tolong. Tolong kasi habis..hehehe

    ReplyDelete
  52. Aslmkum Ct.alahai tomei apam tu bersusun dlm gelas.famili Ct sama mcm famili sy mesti ambil sarapan di rumah sebelum keluar rumah, itulah kdg2 buntu juga nak buat sarapan apa utk anak2 sebelum mrk ke sek. termasuklah bekalnya sekali.mlm sebelum tidur dah kena fikir....

    ReplyDelete
  53. Assalam CT cayangggg...waaahh berbunga hati tengok apam blossom mcm nih...mmg cantik dan cumil...nak nak dgn gambar yg mmg hebat...adeeei rasa ada kat depan mata akak jek taauu...kijaamm la CT nih..

    ReplyDelete
  54. Salam kak..suka sngat kita msuk dpur akak ni...cntik smuanya...pic2 akak smuanya excellentt lahh..kita sukaaa...

    ReplyDelete
  55. kak ct..akak punya apam dot2 dah sampai part3..saya ni part1 pun belum lagi...hahahha...bahan semua dah ada..konon nak buat la..tapi mengenangkan nak kena dot2 tu..sampai ke la malas nak buat...hihihi..comel la apam akak...:)

    ReplyDelete
  56. Hai... kalau dah hias macam ni, nak makan pun sayang. Buat hiasan ajelah... so cute....

    ReplyDelete
  57. salam kak ct,
    saya nk tnyer, bagaimana akak dapat colour apam mcm ne? warna dia sweet, akak blend combination colour aper? i try cari dkt bakery shop x der.

    ReplyDelete
  58. assalamualaikum ct, nak minta izin copy gambar boleh? nk letak kt fesbuk yus tu. nk tunjuk kat adik yg tgh prepare nk kawen hujung thn ni. kaler tu mcm sesuai sgt ngan tema dia... tq in advance.

    ReplyDelete
  59. Wah..menarik sangat gambar2 yang puan ambil. Tambah2 gambar2 apam yang comel2 dan slurpp hehe...

    InsyaAllah maybe suatu hari nanti boleh guna khidmat puan untuk ambil gambar apam2 kami pula. InsyaAllah =)

    Salam Ceria =)

    ReplyDelete
  60. cantiknye apamnya. Salam dari Medan, Indonesia :) My name Sarah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...