
Assalamualaikum. Salam sayang buat semua teman-teman CT dan pengunjung setia Dapur CT. Sekejap aje dah hari Jumaat. Dan rasanya esok pasti ramai yang mengambil cuti panjang balik ke kampung sempena cuti CNY akan mula kembali semula ke rumah masing-masing. Jika ada yang balik awal sebelum esok dan lusa, mungkin masih selamat dari terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas. Tapi bagi yang balik Sabtu dan Ahad, rasanya pasti akan menempuh kesesakan lalu lintas yang teruk. CT pulak, selamat dari menempuh itu semua sebab raya CNY tahun ni, CT tak balik kampung... hehehe. Bukan tak nak balik, tapi disebabkan 2 orang anak CT yang bersekolah darjah 3 dan 6, Haqim dan Daniel, sekolah dorang tak ambik cuti sempena CNY. Cuma cuti setakat isnin dan selasa tu aje. Jadi tak dapatlah CT nak balik kampung, raya kat sini aje... hehehe.

Berbalik kepada resepi hari ini iaitu Ayam Mentega Rangup dari Diana@MellyMay. CT tengok ada kawan-kawan yang dah mencuba resepi ni, tapi baru sekarang giliran CT nak mencubanya. Emm... memang sedap ayam ni jika dimakan bersama nasi panas-panas. Hasilnya memuaskan hati sebab anak-anak CT pun gemar dan CT gantikan gula kepada 1 sudu besar madu. Okeylah, tanpa bercoleteh panjang lagi, CT panjangkan resepi ini di Dapur CT pula. Terima kasih pada Diana kerana berkongsi resipi yang sedap ini. Untuk yang ingin mencuba, jom kita semak resepinya ye. Daaa....
Ayam Mentega Rangup
Resipi: Diana@MellyMay
Sumber : Nor@secubitgaram & Izahdaut
Di Olah : Che CT
Bahan-bahan :
2 keping dada ayam - dihiris
2 tangkai daun kari - dihiris
4 biji cili padi - dicincang halus
1 batang lada merah - dihiris halus
60 gm mentega ( Boleh di tambah lagi untuk salutan kuah yang lebih banyak)
1 biji bawang besar - dicincang
Tepung jagung secukupnya - untuk salut ayam
Minyak untuk menggoreng
1 sudu besar madu (atau sedikit gula)
Bahan-bahan Perap :
1/2 sudu kecil perencah pati ayam Tumix
2 sudu kecil gula
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Ayam di gaul bersama bahan2 perap dan perap selama 20 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Salut ayam tadi dengan tepung jagung dan goreng terendam dengan minyak agar ayam masak sekata. Setelah ayam masak, angkat dan ketepikan.
3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi serta cili merah. Tumis sehingga naik baunya.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan madu. Gaul sebati. Angkat dan hidang.


Good morning KCT
ReplyDeletekat sini dah pukul 11.49pm.. belum friday pun.. mata dah mengantuk but hv to reply to all my emails .. sambil tu ku BW.. ayam ni harus lah ku cuba nanti.. will look for curry leave lah besok.. kat pasar la ramblas ni macam macam ader.. tadi jumpa santan KARA.. gembira tak terhingga.. esok i am planning to cook nasi lemak... with this ayam of cos hehe
assalamualaikum kak ct..
ReplyDeletepagi2 jenguk blog akak dah nampak lauk ayam. tetibe je lapo mcm nak cari nasi je. hehe.. apa pun ayam butter ni bila kat tangan akak nampak cantik n lawa je kaler nya. mcm nak amik ratah2 je. hehe..
sama la kak, saya pun xdpt blik kg. yg lagi tak best, time cuti tu pulak boleh demam. huhu
Assalamualaikum...
ReplyDeletememang betul le sekarang ni nama daian memang sinonim dengan ayam. Ayam ada banyak kat dalam esbok sbb la ni malas betu nak makan ayam
huwaaaa....sedapnya ayam
ReplyDeletepagi-pagi jalan umah kawan2 ada nasi lemak.di sini lak ada ayam..terasa sedap bila di gabungkan ni.mau dua pinggan..
ReplyDeleteas-salam kak CT
ReplyDeletengancam betul ayam mentega rangup ni.. ratah gitu pun sodap..
Salam Kak Ct...
ReplyDeleteWaaa anak2 Lin suka klu ayam digoreng cmni tau, selalu jgk Lin bt masak cmni, kdg2 rasa rugi ayam beli isi saja goreng sekali makan hilang..heheheh
Cuma selalunya ikut respi sendiri je, guna serbuk roti tu je, lepas ni nak try yg mcm ni la...
*makan panas2 rangup ek..sedapnyaaaaa
Assalam kak ct,ayam mentea rangup nih,kalo ratah2 gitu mmg best nih,ritu da juga wat,xsmpat salut mntega,dah ratah2 dah,adeiii mmg best kan..Ala siannyer akak xblk kg n g bercuti eks,xper kak nnti2 leh juga pegi kan..
ReplyDeleteadeh sedapnya, tina suka lauk mcm ni, simple & cepat kan kak ct, tapi tak penah try lg hehe
ReplyDeleteCT sedap....kak ros pun dok umah cuti ni takut tersekat kat highway.Dah habis org bercuti nanti baru nak gi cuti...
ReplyDeletekak ct..
ReplyDeletemas pun dah try ayam ni..
cuma tak entrykan lagi jerk..
bestkan kak ayam butter ni...
anak2 mas suka...
Morning Kak Ct.. sedap nya ayam,fav nya anak anak nih kak kalo ayam.di masak apapun mereka pasti suka.. melly mau coba juga ahh,beli daun kari nya dulu.. ambil yang ini dulu yah buat icip icip.. ;)
ReplyDeleteSalam kak CT..
ReplyDeleteNak try jugalah...
sedap ratah2 ni CT.. yg dpat cuti ni pun tak ke mana2 .. tak bermood sgt nk bcuti.. dok kt rumah.. plan nk megemas .. sudahnya.. tidun jer lebih.. hihihi
ReplyDeletesalam kak ct..sedap nampak ayam mentega rangup ni..terliur,...rangup2 gni darwish suka :)
ReplyDeleteassalam ct, memang sedap ayam mentega rangup ni..kita buat time bulan puasa kemarin..banyak buat ratah aje..tengok ayam ct tu macam nak ngap aje screen ni..haha
ReplyDeletesaya jugak yg tak berjangkit ayam mentega rangup nih..hehehe..tak tau bila nak buat..resepi dah berkurun duk salin..kekeke..saya paling suka makan ayam dgn nasi putih...lagi sedap rasanya..:)
ReplyDeleteSelamat malam Kak Ct...dah tido k? hehe..Rahel baru sampai ni..ketinggalan kete la pulak...nampak sedap sangat lauk ayam mentega ni...nanti kita try pulak.
ReplyDeleteSalam CT, nampak sedap sebab gambar lawa sangat
ReplyDeleteAslmkum Ct.
ReplyDeletetengok gambar lauk ayam yg cantik ni...terasa nak makan sama.boleh cuba nanti...
sedapnya nampak...
ReplyDelete