Sunday, May 31, 2009

Sotong Sambal Berkacang




Hari ni aku buat lauk request dari my laling pulak... lagi pun hari cuti ni kena lah buat lauk kesukaan laling. Aku beli sotong kembang tu semalam kat Giant semasa membeli barang2 keperluan dapur. Untuk anak2 pulak aku masakkan sup ayam jer, sebab memang laku kalau sup ayam ni kat tekak anak2. Lauk sotong sambal ni senang dan ringkas jer utk memasaknya. Jom ler kita menjamu selera ya walaupun dah petang baru nak masukkan entri ni hehehe. Jom layannnn


Sotong Sambal Berkacang
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
2 ekor sotong kembang dipotong kiub
1/2 cawan kacang tanah - digoreng & dikisar kasar
20 tangkai cili kering *
2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci belacan *
sedikit air asam jawa
sedikit minyak
Garam, gula dan serbuk perasa
(bahan bertanda * - diblender halus)

Cara-cara:
1. Sotong kembang dicelur sekejap, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sebati dan masukkan sotong kembang dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan kacang tumbuk tadi dan gaul lagi biarkan hingga mendidih. Perasakan dan boleh lah ditutup api dan angkat.

4 comments:

  1. Makan dengan nasi lemak ke mesti best nih...

    ReplyDelete
  2. hai kak ijan... apa2 pun boleh jer. Ct siap makan ngan roti lagi hehehe

    ReplyDelete
  3. ermm tp klu lin yg masak,sotong nye kena besar2 potong nye..abg kate bru terasa....hehehehe

    ReplyDelete
  4. Lin...mula2 nak potong besar2 tapi bila pikir balik kang besar2 x cukup lak kat umah ni hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...