Saturday, April 2, 2011

Kuih Sagu




Assalamulaikum...salam satu Malaysia.. hihihi. Yalah duduk di Malaysia kenalah ucapkan begitu kan. Berbalik pada resipi ringkas tapi sedap ni, CT ambil dari MyR dari Mama kastam tioman. Terima kasih lah ya buat mama kastam. Kuih ni memang tak akan rasa jemu kalau di makan. Nak menyediakannya pun begitu mudah dan cepat. Cuma kali ni CT buat ada kukus pulak, selalunya dok tenggek atas dapur dan bior dia sejuk baru simpan dalam peti ais. Kelainan nya kali ni, kuih nampak sekata jer. Tidak ada lagi biji2 putih seperti yang pernah CT buat sebelum2 ni. Ini pun kira satu yang barulah kan. Atau cuma CT jer yang dah ketinggalan kot..hehehe. Kalau kuih ni Kak Ummi Kuantan suka ni..hehehe.


Kuih Sagu
Sumber dari MyResipi

Bahan-bahan: ( Loyang 22 cm )
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose

Cara-cara:
1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya.
5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

2 comments:

  1. hai, salam perkenalan...^__^
    terima kasih utk resepi...dah lama tak mkn kuih ni...

    ReplyDelete
  2. Izan ~ salam kenal juga. tr kasih sudi singgah dan komen Di Dapur CT.

    K.ct suka juga kuih lama2 ni xjemu dipandang mata dan xjemu bila nak makan pun ya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...