Saturday, January 21, 2012

Masak Lemak Pucuk Ubi & Sambal Tempe




Assalamualaikum... Salam mesra dan selamat berhari Sabtu untuk semua. Sangat jarang CT bersiaran pada hari cuti macam ni kan. Tapi hari ni CT bersiaran sebab masak lebih sikit, maklumlah, tinggal 2 hari lagi nak raya kan (raya tahun baru cina) hahaha. Dan untuk hari cuti ni, CT bersiaran dengan menu yang berat yang pasti membuka selera. Hidangan ala2 kampung ni sentiasa mendapat tempat, tambah2 lagi kalau dihidang dengan menu2 sampingan seperti sambal belacan serta ulam2 dan mangga hiris tu. Pengsannnn... kalau makan harus bertambah juga nasinya. Jarang kalau yang makan ada lauk2 macam ni nak menolak untuk ditambah nasinya. Tak tahulah kalau ada yang diet2 tu kan... hehehe. CT ni bukan jenis yang suka berdiet, apa yang terhidang CT makan jer. Cuma makan tak banyaklah, CT akan makan berulang2 gitu. Kalau My laling CM dah semestinya mintak ditambah nasinya. Memang kena dengan selera laling CM ada pulak sambal belacan dan ikan goreng itu pun dah cukup katanya. Anak2 bujang CT makan sikit jer, sebab tak berapa gemar sangat lauk2 macam ni. CT gorengkan telur dadar untuk anak2 mengantikan ikan goreng. Tapi kalau anak dara CT yang sulong tu harus macam Ayah dia jugalah bertambah nasi sebab ada sambal belacan... hehehe.

Kalau duduk dikampung senang tak payah nak beli pucuk ubi ni, semua main petik2 jer kat belakang rumah atau tepi2 rumah mesti banyakkan. Semuanya segar dan fresh dari 'ladang' sendiri... hehehe. Kita yang duduk dibandar ni manalah nak cari pucuk2 ubi segala. Semuanya beli kat pasar tani atau kedai2 jerlah. Seikat pun sekarang dah RM1, tu pun seikat sikit jer bila direbus cuma segenggam jer yang dapat. Bagi kita2 ni yang duduk dikota yang dah pesat membangun jangan harap nak jumpa kecuali kalau rajin masuk ke kawasan berhutan sikit. Tapi tak kan nak masuk hutan semata2 nak petik pucuk ubi ya tak... hahaha.

Okeylah jika ada yang dah lama tak masak lemak pucuk ubi ni, kalau teringin tu pegilah beli ya. Kang ada yang kata mengidam, CT tak dapat nak tolong masak... hehehe. Resipi ni senang jer, anak bujang CT pun dah pandai juga sekarang suka kacau2 Mama dia masak kat dapur... hehehe. Untuk itu CT letak jugalah resipi kat Dapur CT, kot2 ada orang 'Bujang' yang nak mencuba masak nanti ya tak. Sampai jumpa nanti. Daaa.....




Masak Lemak Pucuk Ubi
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
2 cekak pucuk ubi
2 batang serai - dititik
600 ml santan cair
200 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji lada merah dan hijau - potong serong
1 camca besar ikan bilis - rendam, tos dan tumbuk kasar

Cara-cara :
1. Pucuk ubi dipisahkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Rebus hingga lembut dengan sedikit garam. Tos dan perah kemudian dikerat2.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama2 serai, bawang merah, bawang putih, ikan bilis tumbuk dan santan cair. Kacau dan masak hingga bahan lembut.
3. Tuang pati santan dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap sambil dikacau sentiasa. Perasakan dan jika sesuai rasa boleh matikan api.
4. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan serta ulam2, ikan goreng, sambal tempeh dan mangga hiris halus. Selamat menjamu selera :)




Sambal Belacan
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
3 biji lada merah - belah dua dan buang biji
6 biji cili padi - (kalau suka pedas lebihkan)
Sepotong belacan - yang dibakar dahulu
1 biji tomato sedang - dadu kecil
3 biji limau kasturi - buang biji dan ambil jusnya
Sedikit garam dan gula

Cara-cara :
1. Tumbuk lada merah, belacan dan cili padi hingga lumat dalam lesung batu. (tumbuk guna lesung batu lagi kaw2 rasanya berbanding yang diblender)
2. Masukkan tomato yang didadu tadi lenyek2 hingga halus. Letak sedikit saje garam, gula secukup rasa dan tambahkan jus limau kasturi dan gaul sebati. Perasakan.
3. Keluarkan sambal belacan dan bubuh di dalam bekas sesuai. Sajikan bersama ulam2 dan juga buah mangga muda yang dihiris halus2. Selamat mencuba :)




Sambal Tempe + Ikan Bilis
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
4 keping tempe - CT guna tempe yang berbalut daun
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih
1/4 cawan jus asam jawa
Sedikit garam
Gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Tempe dihiris nipis, gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan sebentar. Ikan bilis digoreng garing. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak mengoreng tadi dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili kisar garing. Tuang air asam jawa tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
3. Bila dah pekat masukkan tempe, ikan bilis gaul hingga rata. Biar kering sebentar dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat. Selamat mencuba!



17 comments:

  1. semua menu kat atas ni peberet tina, tapi dulu2 arwah mak masak lemak kuning, adoi, kat kg kan kak ct, petik je kat tepi rumah

    skrg ni nak makan apa semua pun berbeli, mmg complete menu hari ni ye kakct, sedap sangat

    ReplyDelete
  2. menu yg lengkap dan sungguh menyelerakan..maunya bertambah2 nasi dan lauk kalau ada sambal belacan ni...

    ReplyDelete
  3. Aduhai! dik CT sayang...menu yang sgt best..lengkap sumenya....emmmm...kalau ada ikan masin ni fuhhhh...mau tak bangun2 makan ni...he he..:)

    ReplyDelete
  4. CT...CT..mbak datang mahu nasi dan tempenya...rumah mbak enggak masak hari ini..makan lempeng kelapa dan sambal tumis sardine..mbak tumpang makan ya...kalau CT hendak lempeng kelapa singgah rumah mbak ya..cicah sambal pun boleh cicah gula pun boleh...mbak makan dulu yang neng

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Ct,klu lauk mcm ni memang bole mkn byk nasi..mantap sangat..ada masak lemak pucuk ubi..ada sambal belacan..ada sambal tempe...adoiii..sedap-sedap semuanya...

    ReplyDelete
  6. Salam Ct,
    Menu hari ini mmg mengoda sangat.Betul tu mesti siap tambah diet tunggu sebentar..haha rezeki yang di tolak kan.

    ReplyDelete
  7. ting...tong....... kak Ct sy datang bwk mangkuk tingkat nih..nk mkn ptg plakk..da xmo mkn kuih2...nk mkn nasikk..bair lg bambambam....

    ReplyDelete
  8. salam kak ct..aduhai terliur sunguhla ngan menu akak ni...nyumnyum...mmg peberet lauk2 kampung gini..ado lak sambal blacan/...aduyai mmg makan bertambah x ingat dunia la jawabnye..ehehe

    ReplyDelete
  9. aduh CT! sudah ada sambal tempe ada lagi sambal belacan... dua-dua Amie suka, nak makan dengan pucuk ubi masak lemak, memang tambah-tamabh, tapi bukan tambah nasi, tambah lauk je.....

    ReplyDelete
  10. Selamat Sore kak.. aduhh kalo melly di kasih menu yang seperti ini lama mau bangun dari meja makan, ngga cukup nasi sebakul..hehe

    mau cepat cepat pergi ahh, takut basah keyboard ini liat lauk yg sangat yummeh ini..slurrp

    ReplyDelete
  11. lauk2 yg bikin kemencer.. tak tahan tgok ikan masin 'cekik leher'(anak selar kuning) tu... serasi bersama.. pic2 sangat klassss..

    ReplyDelete
  12. K.CT
    I dont care!! i want that sambal belacan! huhu.. missing local food badly lah KCT.. yg pedas pedas ya buk! hehe

    ReplyDelete
  13. Salam CT, perghhhhh!memang killer menu ni!sedapnya!

    ReplyDelete
  14. sis...antara lauk kegemaran dan pembuka selera terbaik...dah lama x masak pucuk ubi...ari tu beli nak buat urap konon² last² sampai layu cenggitu....

    selera terus meluap² tgk lauk ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...