Sunday, May 17, 2009

Ayam Lemak Pucuk Bebuas




Hai semua... salam di hari minggu. Hari ni tak kemana pun, dok melepak jer kat rumah. Jadi hari ni aku masak resepi ayam yg special sket. Nama resepi ni pun special iaitu Ayam Lemak Pucuk Bebuas. Bagi yg tak tahu dan tak penah tengok pucuk bebuas ni mesti tertanya2 camana rupa dan rasa pucuk daun bebuas ni. Rasanya macam daunlah hehehe. Ada orang guna utk buat ulam, tapi pucuk ni aku buat lauk utk masakan. Resepi ni pun dari MIL aku. Sebenarnya lauk ni kalau dimasak dengan daging tetel lagi sedap tau. Tapi disebabkan tak jumpa daging tetel aku masak jer dengan ayam. Kalau ada yang nak mencuba meh kita layan resepi ni ya :-D


Ayam Lemak Pucuk Bebuas
Resepi Original CT


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
20 - 30 helai daun bebuas (disiat2 dan dibersihkan)
5 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
1 sudu besar ketumbar *
1 sudu besar jintan halus *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
1 inci lengkuas *
1 batang serai *
2 helai daun limau purut *
2 helai daun cekur *
5 tangkai lada kering *
1 keping asam keping
2 cawan air
1 1/2 cawan santan pekat
Garam dan sedikit gula
Minyak masak utk menumis
(Bahan bertanda * - dikisar halus)

Cara-cara:
1. Ayam dipotong kecil, dibersihkan dan ditos. Ketepikan.
2. Panas kan sedikit minyak, goreng semua bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam tadi dan gaul hingga rata.
3. Masukkan air dan gaul lagi. Tutup periuk dan biar hingga ayam empuk.
4. Setelah ayam empuk, masukkan santan, asam keping dan juga daun bebuas yang telah disiat2 tadi. Kemudian masukkan garam dan juga sedikit gula.
5. Tunggu hingga mendidih, perasakan dan tutup api.

4 comments:

  1. klu kt sini,daun bebuas tu bt urap atau botok2...uma mak lin ada tanam,klu nk amik jek...tp lum lak try bt msk lemak ayam bebuas ni...klu mkn 'buas' x mlm nnti..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Sama macam lin, mat pun tak pernah try lagi masak mcm ni, tapi kan nampak masakkan akak nie sungguh menyelerakan leerr..ok ok, nanti kita cuma yeaa....

    ReplyDelete
  3. pucuk buas ni mmg sedap.x sangka lak leh buat masak lemak..

    ReplyDelete
  4. Sedap pulak nampak lauk lemak tu. Tak tau pulak pucuk bebuas tu boleh masak macam ni ya, biasanya celur cecah sambal belacan je. Nanti nak suruh wife cuba masak la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...