Monday, December 19, 2011

Puding Tembikai




Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria semuanya. Semakin hari semakin laju pulak nak update kat blog Dapur CT ni. Maklum lah tengah rajin ni kan, jadi masa ni lah nak masak2 bagai. Kalau dah datang mood malas tu satu keja tak jadi. Untuk menu seterusnya CT cubalah buat puding tembikai yang sikit hari dulu mendapat sambutan hangat dari semua blog-blog masakan. CT ni dok tenung renung tak kelip2 mata... hehehe. Maklum lah tengah pikir2 gak nak buat ni kang jadi ker tidak erk..? Nanti buat tak ada siapa nak makan, sayang pulak. Tiba2 dengar satu suara macam berbisik jer kat tepi telinga ni haa... " Ayanggg... nanti buat puding tembikai sedap... " Emm... rupa2nya My laling CM yang request suruh buat puding tembikai ni... hehehe. Alah macam orang mengidam jer nak makan macam2, tak sampai hati pulak kan. Terus esoknya CT ajak My laling CM ke Econsave beli apa2 yang patut. Dan dengan gigihnya buat puding tembikai ni dibantu oleh My laling CM juga. Sesekali duduk bersama didapur tolong CT memasak ni memang seronok kan. Tahulah macamana ayang dia ni kat dapur hari2 kan... hehehe.



Resepi yang CT buat ni My laling CM mintak dibancuh sedikit dengan isi buah tembikai. Katanya barulah betul2 rasa buah tembikai, betul juga kan. Dan berlainan cara sedikit dari ramai yang dah buat, My Laling sarankan untuk buat lapisan hijau tu berlapis dibawah dan juga bahagian atasnya jadi bila dipotong kedua-dua bahagian atas dan bawahnya boleh dipakai. Malah masa nak potong tu My Laling yang potong sebab CT tak berapa paham cara nak potongnya, lepas My Laling buat barulah CT paham. Untuk rujukan cara potongnya boleh klik kat SINI. Memang sedap cuma kejadian puding ni adalah comel sikit sebab CT terguna loyang 4 segi ukuran 6" jadi isi merahnya kurang tebal jadinya. Tapi tak kisahlah yang pasti puding ni memang betul2 sedap. Agak2nya ada siaran ulangan tak nanti erk... hehehe.



Resipi ni ramai yang dah buat, tapi CT ambil dari blog Nieza Finland dan CT olah semula mengikut cara yang CT buat. Mohon share ya Nieza untuk Kak CT kongsikan pula dalam Dapur CT untuk panduan teman2 lain yang ingin mencubanya nanti. Jika ada yang berminat, selamat mencuba ye. Daaa....


Puding Tembikai
Sumber : Kak Long Lyn & Nieza
Resepi olahan : Che CT

Bahan-Bahan :
1 paket agar2 serbuk (CT guna agar2 10 gm)
2 keping roti gardenia
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
sedikit bijan hitam
100 gm isi tembikai + 1 sudu besar air (diblend halus)
Sedikit pewarna hijau dan merah

Cara-Cara:
1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur.
2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis. Blend halus.
3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) dan bahagikan kepada 2 bahagian. Tuang 1 bahagian ke dalam acuan dan tunggu hingga adunan jadi agak keras sedikit.
5. Kemudian tuangkan sedikit adunan yang berwarna asal (juga dibahagikan kepada 2 bahagian) ke atas lapisan hijau tadi. Biarkan hingga agak keras sedikit juga.
6. Adunan selebihnya diwarnakan merah dan dicampur sekali dengan tembikai yg diblend, kacau rata. Curahkan di atas lapisan kedua (berwarna asal tadi). Semasa menuang adunan, selang-selikan dengan taburan bijan hitam sebagai pelengkap biji tembikai. Biarkan lagi hingga agak keras sedikit.
7. Kemudian tuangkan bahagian kedua adunan berwarna asal dan setelah keras sedikit tuangkan adunan akhir yang berwarna hijau.
8. Biar sejuk. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Nota:
1. Semasa menunggu untuk menuang dari satu lapisan ke lapisan yg lain, adunan yang menunggu untuk dituang hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak mengeras.
2. Loyang acuan sebaik-baiknya di letak dalam dulang yang berisi air sejuk (CT tambahkan ais juga didalamnya) untuk mempercepatkan proses adunan di dalam loyang mengeras.





39 comments:

  1. salam CT..

    menariknya puding tu bila di lapis atas dan bawah

    puding ni dah lah sedap.. lagi lah bertambah sedap bila di tambah tembikai...

    kadang2 org lelaki ni lagi pandai kan CT.. macam2 idea mereka..
    suami ita pun selalu bagi ita idea setiap kali ita memasak..
    adakalanya berbentuk cabaran.. hihi dia nak uji kemampuan kita sebenarnya tu...

    ReplyDelete
  2. sALAM ct...ALAMAK...ANAK AKAK DAH LAMA MINTA PUDDING TEMBIKAI NI...AKAK MALAS NAK BUAT MALAS NAK TUNGGU SELAPIS SELAPIS...CUMA ORANG RAJIN AJE BUAT PUDING NI...

    ReplyDelete
  3. Aslmkum CT.. sedapnya.. seronok bila ada yg menolong di dapur..

    ReplyDelete
  4. nampak puding tu sangat menarik akak, nanti kalau ada masa saya mesti cuba. resepi pun nampak senang jer kan. tq atas kesudian akak kongsi resepi yer

    ReplyDelete
  5. salam pagi ct. Cantiknya.....
    pagi-pagi lagi dah terliur ni.

    Masa bundo kecik dulu kan ct, mak bundo setiap kali raya mesti dia buat agar-agar tembikai separa bulat. Cantik je tembikai tu macam kena belah dua. Tapi masa tu bundo pandai makan je dan tak pernah tanya pun macamana dia buat. Sehinggalah ke akhir hayatnya bundo tak tau..

    ReplyDelete
  6. wah akak.. cantiknyer.. nmpk sedap sgt.. teringin je jue nk mcubanya..

    ReplyDelete
  7. nampak menarik sangat. cantik. nak makan pun sayang. mesti sedap ni

    ReplyDelete
  8. Assalam CT, waaaah kalau tau ada puding tembikai ni, sah2 akak singgah rumah CT smlm...hehehe.. Sori akak x call sapa2 pn pi KL kelmarin, kejap sgt...byk hal nak kejar masa. ^___^

    ReplyDelete
  9. nampak sedap puding tembikai tu, tentu mencabar ehh nak buat kan kct..dah masuk list ni nak buat ni...panjang sungguh list yang nak di buat...apapun mmg npk menyelerakan...

    ReplyDelete
  10. Salam Kak CT...
    waaa terpegun nampak puding yang cantik berseri di pagi hari...kan main lagi..menarik banget..tak tau nak kata ape lagi..hihi..nyaman n menyegarkan..

    ReplyDelete
  11. cantiknya puding tu, tapi kena baca byk kali nak bagi faham hehe almaklumlah slow learner

    untuk kak ct, CM rajin tolong kan =)

    ReplyDelete
  12. Azlita Aziz ~

    Wa'salam Ita, yalah Hubby ct ni amat pandai dalam bab2 menghias segala. kira teliti lah senang cakap. kalau ct ni tangkap muat jer Ita..hahaha Selalunya bab2 macam ni chef2 lelaki lagi handal berbanding chef2 wanita betul tak Ita :)

    ReplyDelete
  13. Paty's Kitchen - Cook with passion. ~

    Wa'salam Kak paty, kalau dah ada request tu kenalah buat kak. permintaan anak2 ni kalau tak dapat kita lakukan macam kesian pulak kan. Nak bekukan puding ni taklah lama sangat nak tunggu sebab masa ct buat ni sekejap jer dah siap. cubalah kak paty :)

    ReplyDelete
  14. dZana ~

    Wa'salam zana, yalah sesekali menolong kita didapur elok juga. jadi taklah kita terkejar2 setiap masa kan. Ini pun sebab Hubby yang request jadi tu yang rajin ke dapur ni zana..hehehe

    ReplyDelete
  15. salam ct...cantiknya puding tu...rajin ct...

    ReplyDelete
  16. HUZAIFA ~

    Salam pagi huzaifa, tr kasih sudi singgah dapur Ct. alhamdulillah puding ni memang sedap. masuk mulut pun macam terasa terus nak telan tak payah nak gigit2 bagai..hehehe

    Tr kasih kalau sudi nak mencuba ya :)

    ReplyDelete
  17. Ibundo ~

    Wa'salam Ibundo, tr kasih nak kasi ceria lagi Dapur Ct ni lah Bundo..hehehe.

    Itulah kenapa dulu2 kita tak nak bukak mulut tanya apa2 resipi yang sedap2 kat arwah mak atau orang yang pandai2 kan bundo. sekarang macam menyesal pulak sebab resipi lama ni memang unik kalau kita ingat2 kembali kan.

    ReplyDelete
  18. Jujue Ahmad ~

    Salam pagi Jue, bolehlah cuba ni Jue, senang dan cepat cuma kena sabar sikit jer masa nak tunggu dia mengeras. tapi tak lah lama sangat2 pun :)

    ReplyDelete
  19. Mamasyaza ~

    Emm..sedap sangat2..kalau ada 5 bintang ct boleh bagi 4 bintang.. hehehe

    ReplyDelete
  20. Ummi ~

    Wa'salam kak ummi, wahh akak turun KL senyap2 jer ya. gi rumah adik ya kak. ke ada urusan lain tu..hehehe

    lama juga tak jumpa kak ummi kan, sesekali nak terjah juga dalam diam2 nanti..hehehe

    ReplyDelete
  21. ummiakid-lily ~

    Salam pagi Lily, dah panjang tu cepat2lah buat lily. kot2 satu hari buat 2 resipi seminggu dah dapat banyak tu..hehehe

    tr kasih ya sudi juga mencuba resipi kek dari rahel dan k.ct tu..nampak sedap macam nak cuit2 jer kek tu..heheh

    ReplyDelete
  22. Rahel ~

    Wa'salam Rahel cayanggg...saja mahu goda2 Rahel ni. sebab nampak sup rahel yang mengoda tu. bikin lapar juga perut pagi2 lihat pic nya. tak dapat makan dapat lihat gambar pun cukuplah..droll..hehehe

    ReplyDelete
  23. Tina ~

    Salam pagi Tina, yalah kalau k.ct pun nak buat benda2 baru ni baca bukan setakat 2-3 kali Tina banyak kali sebab nak kan feel dia sekali. bayangkan kejadian kek tu dan macam2 lagi baru lah nak masak ada mood kan..hehehe

    suami banyak membantu k.ct kira menjadi tulang belakang untuk semua lah Dari Dapur CT ni tina.. :)

    ReplyDelete
  24. Liza ~

    Salam pagi Liza, tr kasih. kalau Liza rajin juga bolehlah mencuba. Puas makan kalau hasil kerja tangan kita dihargai semua orang kan..Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  25. CT,
    Cantek puding tembikai tu... tp harini gee tak sihat...tak ada mood nk berblog...update pon ala kadar aje... kalau dpt puding tembikai ni kot2 sejuk sikit tekak ...heeeee

    ReplyDelete
  26. Salam CT,memang cantik& menarik sangat nampak puding tembikai tu!tumpang tengok, tumpang telan air liur ya :)

    ReplyDelete
  27. cantik sekali puding nya kak CT.. ijin yah mau buat juga.. ngeces nih lihat photo2 makanan nya K'CT ngga tau yang mana dulu yang mau di buat di dapur melly.. ;)

    ReplyDelete
  28. Salam Kak Ct..wahhh cantik betul kejadian puding akak ni..terguda saya tgk

    ReplyDelete
  29. memang sedap puding ni. memang menjadi virus sekejap dulu. hehe... cantik pun cantik kan kalau buat untuk tetamu nampak seri atas meja

    ReplyDelete
  30. Lewat lagi sampai kak cek ni...mengah2 kita lari2 anak ni...kalau lari2 emak..mau tak sampai2...he he...
    Dah sampai ni leh la rasa puding tembikai CT ni kan....kan...dah habis ke...gigit2 jari...kempunan lagi hu hu hu...

    ReplyDelete
  31. Gee ~

    Salam buat Gee, tak sihat dah. doa ct Gee cepat2 sihat ya, boleh masak sedap2 lagi nanti. jaga diri selalu ya Gee :)

    ReplyDelete
  32. Ixoraroxi ~

    Salam Rozi, apa khabar lama juga ct tak jalan2 kat blog Rozi. mesti banyak yang dah terlepas kisah2 menarik dari Rozi kan. Tr kasih sudi meluangkan sedikit masa singgah Dapur CT ya :)

    Hasil dua tangan yang membuatnya ni Rozi..hehehe

    ReplyDelete
  33. Melly Octaviana ~

    Hai Melly, tr kasih. Ya boleh aja kalau mahu coba. enggak susah mana pun, cuma mahu kesabaran sedikit aja Melly, silakan coba ya jika ada kelapangan nanti :)

    ReplyDelete
  34. Sue @ Nenie ~

    Wa'salam Nanie, tr kasih. puding tembikai ni kalau buat dalam loyang yang kecil sikit lagi elok kejadiannya nampak tinggi sikit puding tu Nanie :)

    ReplyDelete
  35. Izahdaud ~

    Salam untuk Izah, yalah mula2 keluar tu k.ct cuma dok tengok jer ngences sekejaplah sebab tak yakin boleh jadi cantik macam teman2 yang lain. Tapi...bila dah buat, Alhamdulillah memang sedap puding ni kan Izah :)

    ReplyDelete
  36. Cik Cek ~

    Salam kak cek cayanggg..pelan2 kak jangan lari2 nanti terjatuh sakit lutut tu..hehehe. yalah kak cek selalu terlepas kalau ct nak bagi rasa, lain kali datang awal2 sikit ya kak cek..hehehe

    ReplyDelete
  37. waduhh mengancam betul tgk puding kak CT ni...terpegun kejap nieza tgk antara puding tembikai dgn tembikai betul kak..dah dekat sama dah rupanya.memang terbaik la kak CT buat ni. cun sgt. nieza pun suka puding tembikai yg sedap ni:)

    ReplyDelete
  38. selamat malam Ct,
    berangan nakbuat puding tembikai tapi tak terbuat jugak...cantikkan Ct, sayang nak makan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...