Wednesday, March 21, 2012

Kuih Dadar Pandan



Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria untuk pengunjung setia Dapur CT. Di kesempatan ini CT ingin mengucapkan selamat berjaya untuk anak-anak diluar sana yang sedang menanti dengan penuh debaran untuk mengambil keputusan SPM 2011. Bukan anak-anak saja, ibubapa juga ada yang tak lena tidur sama. Bagi semua pelajar lepasan SPM semoga berjaya dan bergembira dengan keputusan masing-masing ya semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan terbaik. Berbalik kepada menu CT dipagi Rabu ini, Kuih Dadar Pandan. Ini satu lagi menu yang mudah nak disediakan, cepat serta sedap dan tak lapuk di telan zaman. Kuih ala-ala kampung macam ni memang tak jemu dimakan, cuma kejadiannya ada lain-lain sedikit. Ada yang licin kulitnya ada yang tergaring sedikit, dan macam-macam lagilah kan.



Lama dulu CT pernah beli kuih dadar ni dekat gerai berdekatan rumah CT. Tapi maaflah sebab terpaksa cakap yang inti kelapanya tu tak rasa apa dan dah tengit baunya. Ini pandangan jujur dan bukan nak mengata pada penjual kuih tu sebab lihat pada luaran nampak sedap dengan inti yang banyak membulat, tapi sayangnya rasa tak seindah rupa. Jadi kita sebagai pembeli walaupun cuba tak nak mengata apa, tapi terlepas juga terkata dalam hati sebab rasa kurang puas hati. Kalau kuih yang dijual tu sedap pasti kita akan datang membeli lagi di lain kali betul tak. Lepas dari kejadian tu, CT tak pernah beli lagi dari gerai tu dan dah jarang juga membeli kuih-kuih kat luar lagi. Kalau terasa nak makan, banyak ke sikit ke, CT akan buat sendiri aje. Sebab tak mahu menambah dosa dibelakang 'penjual kuih' tu sebab takut termengumpat nanti, menambah dosa pulak. Tak mahulah, mintak dijauhkan.




Kuih dadar pandan boleh di pelbagaikan rupa kulitnya. Sebelum ni CT pernah juga buat kuih dadar yang CT dot-dot kan pada kulit nya. Biasalah sesekali ingin mengubah rupanya sedikit mengikut idea yang datang secara tiba-tiba. Nampak cantik pulak dimata. Tapi mula-mula tu anak CT tanya juga kuih apa ni. Bila dah cakap kuih dadar barulah dia nak makan dan terus masuk mulut... hehehe. Biasalah kalau nampak pelik aje, anak-anak ni mesti tanya dan siasat dulu sebelum nak makan.



Kebiasannya kalau buat kuih-kuih yang mudah dan senang ni CT jarang jugalah nak sukat-sukat bagai. Sebab dah tahu banyak mana kita nak letak bahan-bahan tu semuakan. Dulu-dulu pun bila tengok arwah mak CT buat kuih dadar pun tak ada sukat bagai. Main curah aje tepung tu dalam 'besen' tuang air daun pandan, garam kacau-kacau dan terus aje golek dalam kuali sedap juga, habis kami adik beradik makan... hehehe. Tapi untuk dikongsikan dalam blog ni tak bolehlah buat macam tu, kenalah sukat, nanti susah pulak untuk yang nak mencuba resepi ni. Tapi CT rasa dah ramai juga yang buat kuih dadar tak ada sukat-sukat, betul tak... hehehe. Atau cuma CT aja yang macam tu, yalah buat apa nak bohong cakap jujur aje apa salahnya kannn... :)



Okeylah jika ada yang teringin nak makan atau dah lama tergerak nak buat kuih dadar ni tapi tak terbuat-buat tu, bolehlah cuba ya. Yang ni CT sukat betul-betul tak main tuang-tuang bagai ya, kalau rasa macam sikit bagi keluarga besar bolehlah digandakan sukatan dari resipi dibawah. Salam manis dari CT, sampai jumpa nanti. Daaa....


Kuih Dadar Pandan
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1 cawan santan
1/2 cawan air *
8 helai daun pandan - * kerat kecil dan kisar dengan 1/2 cawan air. Tapis dan ambil airnya.
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau


Inti :
1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
secubit garam
1 helai daun pandan - di simpul
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat inti :
1. Untuk inti: Masukkan air, kelapa parut, gula merah, gula pasir dan secubit garam serta sehelai daun pandan dalam kuali.
2. Masak hingga agak pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya.
3. Kacau sehingga sebati sehingga tepung jagung tadi bercampur rata. Bila inti betukar warna keperangan. Angkat dan ketepikan daun pandan tadi.

Cara membuat kulit dadar :
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau dengan whisk hingga rata dan tapiskan dalam mangkuk lain. Biarkan sekejap dalam 10 minit.
2. Panaskan kuali / non stik pan, leser dengan sedikit minyak dan ambil 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan atas kuali / non stik pan agar adunan jadi bulat.
3. Masak anggaran 2-3 minit dan angkat. Setelah angkat, sudukan inti keatasnya dan gulung kemas.
4. Ulangi proses yang sama sehingga adunan tadi habis.





21 comments:

  1. Salam pagi kak CT!!! pertama sekali tahnjiahhhh! :D alaaaaaa bestnyer tgk kuih dadar pandan akak! bila nak rajin buat inti ya? byk betul yg nk dibuat, nak buat inti kelapa nak buat inti serunding, dah lah guna kelapa kering jerr ehehehe..

    ReplyDelete
  2. Salam,,,rajinnya kak Ct mendadar...cantik kulit dadar tu...sdp ni buat sarapan ptg...

    ReplyDelete
  3. Pagi kak CT.. hubby suka makan dadar gimi,tapi melly malas buat nya..hehe
    good luck yah kak , semoga hasil SPM anak akak cemerlang.

    ReplyDelete
  4. Aduhai Ct... gee nk kuih dadar yg pakai tali pinggang tu boleh... jelita sungguh!

    ReplyDelete
  5. Aihhh aihhh manisnya penampakan kue dadar Kak CT. Pakai ikat pinggang layaknya gadis bersolek, hehe

    Ini adalah salah satu kue favoritku kak...enaaak!!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak CT aduh aduh cantik sungguh kejadian kuih Dadar Pandan Ituhh.. sungguh licin bertalipinggang lagikk.. mesti sedap nih.. lagi lagi inti di buat sendiri.. tringat dulu selalu bekal kan anak Ani dgn kuih ni dia suka..

    ReplyDelete
  7. Salam K.CT
    Ni also my fav.. I think all oldies kuih is my fav except tepong gomak.. Congrats K.CT!

    ReplyDelete
  8. Suka kuih ni tp part yg nak buat inti tu yg tak berape rajin. Makan laju je hihihi.

    ReplyDelete
  9. sedapnya...
    lama tak buat.yg beli biasanya gitu la ct.baik buat sendiri.

    ReplyDelete
  10. kak!

    patutlah tuannye selim melim sbb kuihnya pun pakai corset ek...kekekek
    pesal mulus sangat kejadian kuih ketayap aka dadar aka gulung akak tu? gewamm!!

    ReplyDelete
  11. salam kak ct...ni pebert family liza ni...pantang tgk, mst diaorg suruh buat...hihihi

    ReplyDelete
  12. Selamat pagi Kak Ct..
    Tolong jangan ini macam bah...hehehe..pepagi nampak kaler hijau mata menjadi segarrr..suka banget dengan dadar pandan ni..lagi2 inti gula melaka n kelapa..betambah suka la.

    ReplyDelete
  13. salam rindu kak.... pagi nih kita pon sarapan kuih dadar nih jugak. tp dadar BELI! hihihihi......

    ReplyDelete
  14. Salam CT...lama tak singgah cni...akak pun makan kuih ddar pagi ni....sama juga macam Hana beli aje...sebab dapur belum operasi lagi

    ReplyDelete
  15. alahaii kak ct..lamenyeee xmkn kuih ni....tp nk buat sendiri nye plak yg malas....uhuhu

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Ct,
    nampak gurih betul inti kuih dadar pandan tu... kami di sini panggil dia ni kuih lenggang, entah apa yang berlenggangnya. Anak-anak suka makan kuih begini tapi kalau Amie buat, tak sempat nak gulung, anak-anak dah ambil lempengnya cicah dengan inti he he hehh memudahkan kerja kita betul diorang tu kan..

    ReplyDelete
  17. alahai kak ct sedapnya, kalau kat tempat tina ktorg panggil ketayap, lamanya tak makan

    dulu2 arwah mak buat, tak pernah beli pun sebab takut dorang guna hampas buat inti dia

    ReplyDelete
  18. ala Kak CT..harini lmbt lg la singgah...tntu dh abiskn kuih tu...sedap btul tgknye tu...pg ni bfast QH ade gak beli kuih ni...tp rasanye hampeh...nk untung lbih la tu...buat sdri juga kn yg sedap n puashati...

    ReplyDelete
  19. Assalam Kak Ct, sedapnya...dah lama saya teringin nk buat kuih dadar yg senang ni juga tapi tak terbuat juga lagi..hehe.memang masa kecik mak saya pun selalu buat kuih ni.

    betul kak kalau beli ni kekadang tak kena ngan selera kita kan.buat sendiri juga puas ati.

    ReplyDelete
  20. salam kak ct..dah lama x makan kuih dadar nie..suka kat inti yg manis tue..terliurr jew tengok.:)

    ReplyDelete
  21. huhuhu kak ct..saya memang tengah teringin nak makan kuih ni...sedapnya kak..tapi tak rajin nak buat inti...huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...