Tuesday, April 7, 2009

Karipap Pusing




Hari ni datang rajin nak membuat karipap pusing ni. Dah lama sebenarnya nak mencuba... tapi baru hari ni tergerak hati nak membuatnya hehehe. Harap2 pas makan karipap ni kepala tak lah berpusing2 lah ya. Maklumlah nak membuatnya amat lah cerewet dan perlukan kesabaran. Nasib baiklah aku ni tergolong dari orang2 yang sabar, aminnn. Ramai juga kawan2 blogger yang pernah buat karipap pusing ni. Tapi yg aku buat ni, aku amik resepi ni dari RinnChan dan aku tokok-tambah sikit2 pada inti karipap nya. Sebab aku lebih suka guna ubi kentang dari ubi keledek. Kalau nak cuba buat stail aku, silalah amik resepi ya... atau boleh juga cuba ikut resepi asal kat RinChan. Selamat mencuba....

Karipap Pusing
Resepi dari RinnChan

Bahan utk Doh:

1. Doh minyak
300 gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak (CT panaskan sekejap)
1/2 cawan air suam (CT tambah sedikit lagi)
* Campurkan secubit garam dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menguli sehingga doh tidak melekat di tangan. Asingkan dalam satu bekas.

2. Doh marjerin
150 gm tepung gandum
100 gm marjerin
* Letak majerin sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang tak melekat di tangan. Asingkan dalam bekas yg lain.


Bahan utk inti:
2 biji kentang sederhana besar
2 keping dada ayam- dipotong kecil-kecil
2 ulas bawang putih (CT tumbuk halus)
1 biji bawang besar (CT tumbuk halus)
1 genggam udang kering, direndam & ditumbuk halus.
3 sudu besar rempah kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa.
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus (CT tak letak)

* tumiskan bahan-bahan tumbuk dan daun kari, masukkan rempah kari dan tambahkan sedikit air untuk mengelak tumisan hangus. Masukkan isi ayam, gaul sebentar dan masukkan ubi kentang. Tambahkan air sehingga terendam ubi kentang. Masakkan sehingga ubi kentang lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukan daun bawang dan daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Nota: Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. CT guna ubi kentang dan ditambah dgn isi ayam.

Cara membuatnya:
1. Bahagikan doh minyak kepada 5 bahagian dan bulat2kan. Buat yg sama kepada doh marjerin. Saiz doh minyak akan menjadi 2 kali ganda lebih besar dari doh marjerin.
2. Leperkan doh minyak dan letakkan doh marjerin dan balut hingga menutupi keseluruhannya, gumpal hingga kemas dan menjadi bulat.
3. Gelek doh tersebut hingga leper dan kemudian gulung seperti swiss roll.
4. Gulungan swiss roll yg memanjang ini kemudian digelek lagi untuk meleperkannya.
5. Doh yg leper itu digulung lagi seperti swiss roll tetapi kali ini buat gulungan pendek.Setelah siap, potong setebal 1 cm utk setiap kepingan.
6. Gelek nipis setiap kepingan. Kepingan yg digelek ini akan menjadi kulit luar karipap.
7. Letakkan inti secukupnya keatas kepingan kulit karipap dan kelim kemas ditepinya.
8. Siap utk digoreng.

Nota: Untuk melihat gambar yg terperinci tentang cara membuatnya, sila rujuk entri RinnChan.

6 comments:

  1. aduhh berpusing2 mata den tgk karipap tu...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Jangan berpusing2 kepala lepas makan karipap ni dah lah ..hua hau hua

    ReplyDelete
  3. Adeh.. sedapnye nak wat tu yg berpusing malasnye hehhee

    ReplyDelete
  4. haa..tu lah MD,masa nak buat tu pikir gak 2-3 kali.tapi alag2 dah nak buat,kena usaha kan juga lah.susah belakang kira,masuk mulut tu yang nak citer :-)

    ReplyDelete
  5. Buat kuih ni org tua2 kata hati kena gembira, fikiran kena tenang, mulut kena senyum baru kuih menjadik elok.... heh heh heh...Tu karipap pusing dah jadik, maknanya semua oklah tuuu.... Tgk org buat, sendiri pun teringin nak buat ler pulak... alahaaaaaaiiiiii

    ReplyDelete
  6. hehehe..kena senyum sentiasa ker rinn..harap2 time buat tu x der lah org nampak kita kan..sure depa ingat kita tingtong lak hehehe

    terima kasih rinn coz kongsi resepi ni bersama..muahhhh!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...