Tuesday, April 21, 2009

Kuih Puteri Ayu




Aku buat kuih Puteri Ayu kat atas ni hari ni bukannya pasal aku rajin nak memasak, tapi saja nak perabis kelapa parut lebihan semalam sebab masih elok lagi. Kelapa parut ni kalau nak elok dan tahan lama... kena lah simpan kat fridge bahagian beku tu. Mesti tahan lama punya, tak ingat amik petua ni dari mana hehehe. Berbalik semula kepada resepi hari ni. Kuih Puteri Ayu... dah lama nak buat tapi asyik tertangguh sebab acuannya takkkk terbeli lagi. Nak dijadikan cerita aku gunalah acuan yang sedia ada kat dapur ni hehehe. Tak apalah kan, kalau rotan tak ada, akar pun berguna juga :-D Meh kita tengok resepi ni yg aku amek dari umah Mat Gebu.


Apam Puteri Ayu
Resepi dari MatGebu


Bahan-bahan:
1 biji telur gred A
80 gm gula halus
80 ml pati santan
1/2 camca teh pes pandan
90 gm tepung gandum
1/2 camca besar tepung ubi (disatukan dan diayak)
1/2 camca teh ovellate
1 cawan kelapa parut putih
1 camca besar tepung jagung
1/4 camca teh garam halus (digaul rata)

Cara-cara:
1. Sapukan acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak, kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.
2. Putar gula dan ovellate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes pandan dan gaul rata. Pelahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati.
3. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. kukus atas air mendidih selama 15 minit (CT kukus 10 minit jer)
4. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan.

8 comments:

  1. ya allah..sedapnye..dah lama tak makan kuih nie...

    ReplyDelete
  2. seayu org yang membuatnya hehehehe suka buat lah lin :-)

    ReplyDelete
  3. PakLah...kalau suka tu kena belajar buat ni..x lah susah mana pun :-)

    Lembut sangat2..anak2 panggil kuih apam hijau hehee

    ReplyDelete
  4. mmm.. semua kueh mostly guner santan atau kelapa.. ada tak kueh tradisi yg tak guner??

    ReplyDelete
  5. ha ha ha..puteri ayu,akak tertangguh sbb tak beli acuan,saya tertangguh sbb kelapa parut.mana tak asyik guna santan peket langsung lupa kelapa fresh...kesukaan famili kuih ni.

    ReplyDelete
  6. zai...kerana anak2 dah suka sangat kuih ni..tu lah kena buat jugak walau pun acuan nya lain dari yang lain hehehe

    ReplyDelete
  7. kak neh kuih boy paling sokak...aku da print resepi neh...haros aku wat kueh neh....kegilan somikuk neh...sekali beli pasar malam..mau die boropng sampai abis...haross muker aku lak naik ijooo kat situ...kikikiki..kaka terima kaseh atas resepi hakakneh...aku akan praktikkan nyer ehh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...