Sunday, April 5, 2009

Mee Bandung Muar




Alahaiiiii... request dari my laling CM mee bandung ni. Lama dah nak makan mee bandung buatan air tangan isteri terchenta ni. Oleh kerana asik bertangguh2 nak membuat nya, jadi arini "Tertunailah Hasrat DiHati" ni. Pinjam jap tag line tu ya
Kak Ina... nanti CT pulang balik hehehe. Lepas balik dari pasar tani, terus jer buat bahan2 mee bandung ni. Buat makan tgh hari tadi, resepi amik dari rumah Hana... yang sekarang duk jalan2 menghabiskan cuti kat kg kot hehehe. Seronok lah Hana tu ya, yang kita dok selongkar almari dapur dia pun, dia tak tahu hua hua hua. Meh leh cuba resepi ni... ringkas, simple dan sedap :-)


Mee Bandung Muar
Resepi dari Hana

Bahan-Bahan :
1 bungkus mee kuning
4-6 ekor udang basah (CT letak 15 ekor takut tak cukup hehe)
1-2 ekor sotong, potong ring (CT letak 8 ekor hehe)
50gm udang kering (blend - CT letak 80gm)
1/2 biji bawang besar (CT letak 2 biji)
3 ulas bawang putih ( CT letak 5 ulas)
5 tangkai cili kering (CT letak 10 tangkai nak pedas sikit)
4 biji telur
3 keping tauhu goreng (hiris nipis2)
*suku cawan kacang tanah goreng (tumbuk/blend) - kalau tak nak letak pun takpe, tapi lebihkan udang kering untuk memekatkan kuah (CT letak sikit jer)
*sawi
*Bawang goreng (yang ni CT tak letak)
*Hirisan cili merah
*Air rebusan daging (CT tambah lagi 2 cawan air biasa)
*Gula dan garam
*Hirisan daging
*Limau kasturi/limau nipis

Cara-cara :
1. Celur mee kuning
2. Blend bawang besar, bawang putih dan cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa. (rasa kuah mee bandung manis2 pedas)
4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebijik2. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak(terpulang) Akhir sekali masukkan sawi.
5. Tutup api. Curahkan kuah diatas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.



4 comments:

  1. Mee bandung 1...kasi telur 2 bijik..keh3x..mmg sedap kan klu masakan org Johor ni,Muar tu kan Johor..kan?ermmm yum3x

    ReplyDelete
  2. sedapnya mee bandung muar! ada balance lagi tak? er...dapur tu cantiknya!!!

    ReplyDelete
  3. mee bandung siap..telur ada 2 biji sekali ehh keh3

    ReplyDelete
  4. Dah abis lah kak ita..kalau nak kena buat lah hehehe

    Dapur tu kan kalau dapat yang ori punya..hari2 Ct dok kat situ jer keh3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...