Tuesday, June 7, 2011

Custard's Cream Puff




Assalamualaikum... bertemu lagi di pagi hari. Jika yang masuk DDCT ni waktu tengahari, maka selamat tengahari lah ya. Dan begitulah seterusnya... hehehe. Puan CT ni sejak2 ni memang sibuk sedikitlah, kalau lambat nak kunjung balas atau singgah bog kawan2 tu harap jangan marah ya. Bila ada waktu terluang CT tetap akan singgah, cuma masa di mengadap laptop sedikit terbatas sebab beri lebih peluang pada anak2 untuk mengadap laptop juga. Maklumlah cuti sekolah kan, terpaksalah mama dia beri laluan kat anak-anak lebih sedikit hehe.

Resipi hari ni iaitu Custard's Cream Puff yang CT ambil resepinya dari dapur CMG. Rasa macam pernah buat sebelum ni tapi dah lama sangat rasanya. Jadi CT letakkan lah resepinya untuk kemudahan semua jika nak mencubanya pula ya. Jumpa nanti... Daaaaaaaaa....


Custard's Cream Puff
Resipi dari Mat Gebu

Bahan Cream Puff :
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Custard Cream :
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh esen vanilla


Cara Membuatnya :

Untuk Custard Cream :-
1. Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas.
2. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali.
3. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.

Untuk Cream Puff :-
1. Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair.
2. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api kecil.
3. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati.
4. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...



25 comments:

  1. kita sampai dulu... hihi
    ni nak mengendeng seketul..
    adoiii... pitam tengok coklat yg meleleh2 tu.. terliur sungguh!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak ct...cepat2 dia bersiaran awal pg takot berebut dgn budak2 ye.heheh..biasela...asik mama dia je ngadap laptop.cuti sekolah ni mama pulak kene ngalah.

    Nani suke resepi cream puff CMG. Pernah la try sekali. tapi mase tu blom ada blog lagi.nk kene cuba lagi sekali.

    ReplyDelete
  3. salam kak ct...

    feberet ira ni, dah banyak kali buat tp resepi ni belum try lagi...

    ReplyDelete
  4. kita dah lama tak buat Cream Puff ni...tengah bz tak der masa...nak ngendeng gak seketui ...menarik sangat

    ReplyDelete
  5. Salam kak CT cayang.. kita tak pernah pun buat sbb ank2 kita jakun kun :D teringin nak buat nanti carik hari yg lapang sikit baru leh buat tanpa gangguan :D

    ReplyDelete
  6. amboi cream puff kak ct...siap meleleh coklat lg....

    ReplyDelete
  7. Cantiknya cream puff CT, rasa nak cekup makan je...

    ReplyDelete
  8. Re: Penulis novel Baju Pengantin Mak Andam ialah Areila Sahimi. Sama author dengan novel 2 x 5. Best juga tau...

    ReplyDelete
  9. akak..mengancammmnya custard cream puff tu...
    nampak sedapppp la....

    ReplyDelete
  10. akak.. comelnya cream puff akak neh.. secomel tuan yang membuatnya.. tak jemu melihat... shanteekkk

    ReplyDelete
  11. memang comel kan izah cream puff nie.. cantikkk... akak ct.. diana mmg suka makan tapi x perna lg buat.. sedap nie akak.. nak ckit boleh?

    ReplyDelete
  12. Sedapnya kak Ct krim puff tu.. Cantik memikat.. Rasa nak capai..:)

    ReplyDelete
  13. akak singgah hari dah petang nie.. jadik "selamat Petang CT.." petang2 nie klu pekena Cream Puff ngan nescafe panas2 wooww...teramat lah nyaman nyer... sambil2 BW blog kekawan... akak pon skarang nie agak terbatas juga guna lappy nie.... sebab tengah cuti2 malaysia.. jadi kena share ngan anak2...

    ReplyDelete
  14. Assalam ct,
    waduh2 cantik menawan betul cream puff ct ni..dapat 2 ketul jadilah..
    aahlah cuti sekolah ni anak2 pagi2 algi dah tertonggoh kat depan pc..maknya kalau nak gunakan kena book siang2..hehe

    ReplyDelete
  15. Assalam Kak Ct, wahh cantiknya cream puff akak tu..dah lama berangan nk buat ni nieza suka mkn tapi tak terbuat-buat juga...haha nanti tunggu angin rajin dulu hehe

    ReplyDelete
  16. salam k ct..sdapnye cream puff..peberet ni....:)

    ReplyDelete
  17. Azlita Aziz ~

    awal betul bersiaran pg ni ya..hihihi. berebut dengan anak2 gak ker Ita :D

    ceam puff ni makan masa tgh rangup2 gitu yang sedap ita. cuba lah, ct buat pun 1/2 adunan jer :D



    nuwairani ismail ~

    Wa'salam nani..hahaha. betul lah tu, awal pagi kena cepat2 on9 sebab anak2 semua masih tido. dah lewat2 kang tak dapat nak duk depan blog.

    cream puff ni k.ct pernah gak dulu buat, percubaan pertama menjadi, sambutan pun amat mengalakkan dr anak2. yang ni pun cuma buat 1/2 adunan jer. tak cukup pulak..hihihi

    ReplyDelete
  18. Nazrah Bakery & Dunia Kuih ~

    Bila dah senang2 nanti cubalah, senang jer buatnya tak susah mana pun. sekali dah rasa pasti nak buat lagi :D


    ijayuji ~

    Wa'salam ika, anak2 nak makan tu, cuma mak dia kot yang tak nak buat...hahaha.

    ReplyDelete
  19. Kasih Ibu ~

    zura, tang meleleh coklat tu masa suam2 k.ct dah letak tu yang cantik elok jatuhnya :D



    MamaFaMi ~

    Mama...nak cekup sampai ker tangan tu nak tembus screen laptop..hihihi

    thanks Mama.. nanti ct nak cari kat MPH :)

    ReplyDelete
  20. Mas ~

    Jom mas, buat untuk cuti sekolah ni, dah tak balik kamoung kan. dah senang tu, buat jer sikit sedap tambah custard tu ada rasa cheese lg :D



    izahdaut ~

    izah..kak ct tak ada duit kecik lah, tuggu tukar duit nanti k.ct bagi ehh.. hahaha. jgn dok puji kang terus tak santekkkk.. hihihi

    ReplyDelete
  21. Diana @ Melley Mey ~

    sori...dah habis lah diana, lambat sikitttt jer sampai. dah kena ngap last dengan bujang kecik kat rumah ni...hihihi



    Juwita Jamaludin ~

    Ita...dah pernah buat lom? meh lah cuba buat, memang sedap. nak capai tangan tak sampai, k.ct tolong makan lah ya :D

    ReplyDelete
  22. Nur Ede ~

    Kak Ede..selamat malam kak. ct jengah blog dah malam ni baru free. biasalah anak2 kak mana puas kalau mengadap sejam dua. mama dia kenalah mengalah. seronoknya cuti2 M'sia kak :D


    Ayu ~

    Wa'salam Ayu...ct book pagi jer ayu, dalam kul 10 jer dah turn anak2. jangan harap lah nak dapat duk lelama depan laptop. geram juga kadang2 tak dapat nak bw tau.. hihihi

    ReplyDelete
  23. Nieza ~

    Wa'salam Nieza... tak apalah bila dah senang2 dan dah sampai list cream puff tu bleh lah nieza buat ya :D



    nOOrsha ~

    Wa'salam Sha... sama lah kita. k.ct pun suka, kalau setakat comel2 macam tu 3-4 ketl tak cukup sekali ngadap.. hehehe

    ReplyDelete
  24. salam singgah...
    sukanyer aa cream puff nih.. nak beli mahal... nak buat sendiri tak gheti... maklum ler tadek oven... kena angkat satu nih... bleh membaking selalu... huhuhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...