Saturday, July 16, 2011

Nasi Goreng Dapur CT



Assalamualaikum... Selamat pagi Sabtu yang ceria. Dah hujung minggu macam ni mestilah kita lebih ceria. Kalau ada yang tak ceria tu, marilah datang Dapur CT kita makan sama2 ehh... hihihi. Hari ni anak dara CT dah mula ada dirumah, Lily balik cuti seminggu. Bila dia dah balik ni, CT ada suatu urusan yang CT nak buat pada dia iaitu nak amik ukuran badan dia untuk jahit baju untuk raya. Maklumlah, cuma tinggal seminggu lebih je lagi dah nak sampai bulan puasa. Kalau amik ukuran masa tengah berpuasa, mesti raya nanti dah tak boleh nak pakai baju tu. Biasalah masa tengah tembam ni lah nak amik ukuran badan kan hehehe. Dah siap ambik ukuran, senang2 nanti CT tinggal nak gunting dan jahit jer...

Dok membebel sampai lupa pulak nak menjamu teman2 dengan nasi goreng ni. CT masak simple2 jer ni, dan guna lebihan nasi. Biasanya bila CT masak nasi, CT akan masak lebih sikit jadi bila ada lebihan tu, jadi mangsa untuk digorenglah jawabnya. Tapi jangan buat selalu tau, nanti kolesterol naik hehe. Okey kita layan lah menu simple Nasi Goreng Dapur CT ni ye...


Nasi Goreng Dapur CT
Resipi Che CT

Bahan-bahan :
3 cawan nasi
200 gm Isi ayam - bersihkan dan potong dadu
100 gm Kubis - bersihkan dan hiris halus
1 Batang lobak - bersihkan, potong dadu kecil
2 Batang kacang panjang - bersihkan dan potong dadu kecil
6 Biji cili padi - hiris halus
1 helai daun limau purut - disiat2
1 sudu besar sos cili
Daun bawang /sup - dihiris
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Telur rebus dan Timun - Hiasan

Bahan tumbuk halus :
2 Ulas bawang putih
2 Biji bawang merah
1 inci Belacan bakar
2 sudu besar ikan bilis

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk dan daun limau purut sehingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam kacau2 hingga daging ayam kecut sedikit.
2. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan kubis. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan nasi, gaul mesra. Masukkan sos cili, garam dan hirsan daun bawang / sup dan kacau rata. Perasakan dan matikan api.
4. Hidangkan bersama bahan sampingan kegemaran masing2. Selamat menjamu selera :D




24 comments:

  1. Assalamualaikum akak...
    wah ada nasi goreng ler... sedapnya nasi goreng akak tu.... nampak cantik lg gitu tau.. nie jemput diana juga ker nie? hehehehe.. ( ngan x malunya diana terus duduk dan ambil piring ).. heehehee

    ReplyDelete
  2. salam CT...
    waaa... fav ni..
    terima kasih lah ye jemput ita sekali..
    emmmm... sedapnya CT.. nak tambah lagi boleh...

    ReplyDelete
  3. Waaa... nk nasi goreng juga dan nk tempah baju kurung sepasang yek... tang tagging jemput makan tu yg mahal tuh.... ecece mood rajin la tuh....

    ReplyDelete
  4. Diana @ Melley Mey ~

    Wa'salam Diana maniss.. sila2 jangan malu2, buatlah macam rumah sendiri. kak ct suka kalau Diana sudi nak makan, jangan tengok jer ehh..hihihi. air amik sendiri ya dah siap atas meja tu sekali tinggal nak tuang jer.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Azlita Aziz ~

    Wa'salam Ita...sila2 masih ada lagi kat dapur tu, kalau sudi tambah lah sendiri. ct banyak keja ni. kot2 ada puding2 ker biskut lebih2 kat umah tu bawak sekali kat sini tau.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Gee ~

    Hehehee..Gee masa rajin ni lah nak buat semua benda. kalau dah mood malas, nak pegang sudip pun malas..hihi.

    Alamak!.. tempahan baju raya dah ditutup.. hahaha

    ReplyDelete
  7. kak ct nak2.ada lg ker?dah masuk waktu lunch dah :)

    ReplyDelete
  8. Salam kakak CT comellll, kita lah salah sorang yg tak ceria sbb ninja kena kerja :-( uuuwaaaaaa... tp bila kak CT pelawa apa lagiiii kita dtglah kan kan kan :D macehhhh! suke tgk nasi goreng kak CT, berselra jerrr ;-)

    ReplyDelete
  9. nyum... nyum... nyum ...
    ari kena keja la kak ct
    simpan sikit yer
    nak balik keja hanim jamah nasi goreng ni

    ReplyDelete
  10. nonierahman ~

    Nonie..tinggal yang dalam manggkuk tu jer..hihihi. cepattt sebelum kehabisan :D

    ReplyDelete
  11. ijayuji ~

    Wa'salam Ika, lorr..jangan lah macam tu. En Ninja keja bukannya makan angin..hihi

    tak apalah tunggu jer depan pintu dengan seyuman melerek2 bila dia balik eh..hihihi

    ReplyDelete
  12. Roses_Leo09 ~

    Hanim..keja dah satu kewajipan, jadi utamakan mana yang perlu. kak ct simpan lah sikit untuk hanim eh :D

    keja elok2 tau, jangan tido pulak.. hahaha

    ReplyDelete
  13. CT,
    nasi goreng tu memang nampak ceria, macam tuannya juga... he hehehh,
    baju raya?...rasanya tak sempat buat tahun ni sbb rata2 bawa ke kedai, tukang jahit tak mau terima... nanti balik kg, beli je yg dah siap, potong sikit panjang kaki & tangan....siannn kita!

    ReplyDelete
  14. salam ct,nice picture and appetite, fried rice and boil egg my fevret, Ampang kat mana?

    ReplyDelete
  15. akak....nasi goreng sepinggan....
    sedappnya tengokkkkkk....

    ReplyDelete
  16. Wow follower Ct dah 4 angka. Tahniah. Teruskan berkongsi ilmu di sini. Hehehe kalau dapat berkongsi nasi goreng tu lagi best kut.

    ReplyDelete
  17. sedapnya ct.. tengok gambar nasi goreng ct pun bole buat org lapar.. Oohh follower ct dah 1000 ya!! Tahniah! tahniah!!!

    ReplyDelete
  18. Amie ~

    terima ksih amie, goreng nasi biasa2 jer tu, sayang kalau tak habis kan.

    itlah kalau beli baju dah siap mesti ada jer yang tak sempurna kannn...hihi

    ReplyDelete
  19. resipe-masak-makan ~

    Terima ksih sudi meninggalkan komen Dari Dapur CT ya :)

    ReplyDelete
  20. Mas ~

    Alahhhh...lama dah habis tu mas..hihihi. gi masuk dapur masak sendiri eh :D

    ReplyDelete
  21. IXORAROXI ~

    Wa'salam rozi, nasi jer ker yang lawo..hihihi

    Macamana dengan bak rozi, dah ada perkembangan ker. mudah2an cepat sembuh ya. banyak2kan bersabar.

    ReplyDelete
  22. Kak Sam ~

    Terima kasih sam..amboiiii...dalam dia dia puji nak kena sup nasi goreng gak ker..? dah habis, mintak lain kali jer eh.. hehehe

    ReplyDelete
  23. Wana ~

    Terima kasih wana, ct sibuk sikit lah. nanti ct singgah blog wana ya. mesti ada menu yang special tu kan. Thanks wana, sebab memeriahkan lagi Dapur CT ni ya :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...