Friday, May 27, 2011

Chicken Floss Bun




Assalamualaikum. Alhamdulillah... kerana masih dipanjangkan usia CT untuk terus menikmati keindahan bumi Allah ni, syukur sangat2. Dan CT panjangkan doa ini kepada kita semua ye. Di pagi hari Jumaat yang indah ni, diam tak diam dah hampir sampai kehujung bulan rupanya. Berulit-ulit dengan my daughter selama 3 minggu dia bercuti semester tapi macam baru seminggu aje rasanya. Cepat sungguh rasanya sekarang ni masa berlalu. Awal pagi esok dah nak hantar dia balik semula ke kampus Uitm Jengka.

Syukran... keputusan exam semester yang lepas agak membanggakan CT sebab dia dapat anugerah dekan. CT percaya itu adalah berkat segala usaha yang telah dilakukannya dan doa yang tak pernah putus2 dari seorang ibu yang telah dimakbulkan Allah... Alhamdulillah. Tahniah buat my baby girl LILY kerana kejayaan beliau :D

Berbalik kepada resipi CT hari ni, keinginan nak buat Chicken Floss Bun akhirnya terlaksana sudah. Memang suka makan roti yang ada chicken floss ni. Lebih lagi kalau yang spicy fuhhhh... yummy ! Kalau beli kat Breadtalk mahal juga regenya kan. Kalau buat sendiri, haa nah kau.. banyak juga dapatnya hehe. Dah kira banyak jimatnya kan, dan yang lebih penting lagi terjamin akan kebersihannya. Untuk doh roti CT guna resipi dari Yani, Hot Dog Bread. Puas hati, dan sangat sedap. Chicken floss pulak, beli kat BAGUS Shah Alam... nun jauhnya gi mencari, akhirnya kat situ yang ada. Tapi bukan CT yang beli, kirim kat my sister masa dia ke Shah Alam tempoh hari. Memang sesuailah kalau ada yang suka makan chicken floss bun ni untuk mencuba. Jom kita semak resepinya.. :D


Chicken Floss Bun
Sumber Bun : Yani MyResipi

Bahan-bahan :
160 ml air
250 gm tepung roti
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar lemak sayur
3/4 sudu kecil yis
3 sudu besar susu tepung

Chicken floss secukupnya (CT tambah yang ini)
Sedikit mayonis dan susu pekat (untuk sapu atas bun nanti)

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker (BM). On kan. tunggu siap.
2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
3. Buatlah bentuk panjang lebih kurang 13 cm
4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
5. Sapukan sedikit telur + susu segar + sedikit madu atas pemukaan roti.
6. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.
7. Bila sejuk sapukan sedikit mayonise yang telah di campur rata dengan sedikit susu pekat manis. Tabur dan tekap-tekapkan dengan Chicken Floss. (CT tambah yang ini).



29 comments:

  1. wat bfast .. i like tapi kita dah lama tak meroti..malas ler KCt...

    ReplyDelete
  2. salam dek ct...
    tahniah buat nak dara mu dek..
    anak sulung kak baru habis 3thn ijazah sains komputer di UMP PAHANG.. tapi masih di U ada bebrapa pojek dia kena buat.. yg best nya dia punye pojek akhir dapat A. harap2 result pelajaran lain pun akan dpt mcm tuuu..kak yg naik takut...

    ReplyDelete
  3. salam ct,

    Tahniah pada anak mu lily...semoga terus cemerlang di dunia mahupun di akhirat. wah roti tu menarik la...lama juga tak meroti ni

    ReplyDelete
  4. Assalam kak ct,uii sedapnya roti nih..I likeeee..Igt tadi chicken floss akak wat sendrik juga,baru nak mnta rcp,huhu..Rupa beli kat bagus..Mmg nmpk sedap sgt kak..

    ReplyDelete
  5. Salam kak CT!!! alalaaaaaaaaaaaa...itu hari masa balik mesia beli roti yg ada chicken floss ni tp spicy lerrrr SEDAPPPPPPPPPPPPPPP sgt!!!! mana nak carik kat sini! uuuwaaaaa...bestnyerrr! mmg sedap roti2 yg ada floss2 gini! nak mintak seketul ya kak floss lebih2 tauu! hihihi

    ReplyDelete
  6. Nazrah Bakery & Dunia Kuih ~

    Nazrah..ikutkan k.ct pun malas gak nak meroti ni. Tapi bila tengok chicken floss ni dah nak sampai tarik luput. kena rajin lah meroti.. hihihi

    ReplyDelete
  7. ilahjy ~

    Wa'salam kak ilah.. tr kasih kak untuk ucapan bt anak ct. betul tu anak2 yang exam kita pulak yang rasa takut kan kak. semoga anak2 kita ni berjaya dan akan mendapat apa yang diimpikan kan kak ilah..aminnnn

    ReplyDelete
  8. lina ~

    wa'salam lina. tr kasih atas doa2 lina tu ya. begitulah yang diharapkan pada anak2 ni kan.

    jom lah meroti lina..guna jer 'bibik melayu' tu.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Zaliedana ~

    wa'asalam CT... kak ct mana rajin nak buat chicken floss ni. kalau beli cuma tinggal nak tabur jer, senang.. hihihi

    kalau nak resipi chicken floss, kak ct rasa kat blog mamafahmi ada kot. cuba cari eh CT :DD

    ReplyDelete
  10. ijayuji ~

    Ika... ni kak ct beli banyak sangat lebihnya. kalau nak buat biz okey kot. kalau kita2 yang duk kat rumah ni setakat makan sendiri, memang banyak lebihnya. Oh kat sana tak ada ehh.. okey2 tungguuuuuu!!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum K.CT,
    Syukur Alhamdulillah atas kejayaan anak akak, tahniah juga buat akak kerana berjaya mendidik anak hingga keperingkat ini...semoga lebih berjaya di masa akan dtng..Aminn.
    = chiken floss bun tu ada lagi tak..mailah antor kat JB...Yatie tunggu eehhh..

    ReplyDelete
  12. Kak.. Nak roti tu.. Sedapnya.. Tahniah atas kejayaan Lily.. Mesti sejuk hati ibunya :)

    ReplyDelete
  13. TAHNIAH.. buat anak CT dan buat CT juga.. semuga terus berjaya dunia dan akhirat..

    wahhh.. seksi roti tu.. :)

    ReplyDelete
  14. Yatie ~

    wa'salam yatie.. tr kasih ya. ada lagi tinggal 2 ketui ni. tunggu depan pagar umah eh, jap lagi sampai hihihi

    ReplyDelete
  15. Juwita Jamaludin ~

    Ita..tr kasih ya. memang sedap roti bila letak chicken floss ni ita. kak ct kalau makan asik kurang jer memanjang.. hihihi

    ReplyDelete
  16. Along Maklong ~

    tr kasih maklong..nak ikut jejak maklong didik anak sampai bejaya..insyaAllah.aminnnn..

    alahhh..ct tak seksi ker maklong.. hahaha

    ReplyDelete
  17. wahhhhhh...cantiknya roti tu...
    dah macam dijual.....
    akak boleh buka kedai roti lepas ni...

    ReplyDelete
  18. TAHNIAH buat Lily..semoga semakin cemerlang di masa akan dtg..

    kemain lagik cun roti akak nih..rajin lak kak ct ni meroti..jeles kite taw..mana nak cari ciken floss kat sini agaknya..hehe..
    buat roti pun malas,ada hati nak buat serunding sendiri..huh?<-ckp kat diri sendiri

    ReplyDelete
  19. salam kak.
    dah lama teringin nak buat roti ni. kat Bake dia org jual dlm kuantiti tang byk. akak beli kat mana chicken floss tu?

    ReplyDelete
  20. kak,tgk bun tu rasa mcm nk 10 biji! blm mkn tghari la kata kan :)

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum akak...
    wah akak.. nie fav daughter diana nie akak... diana x reti nak buat.. sedaaapnya roti tu akak...

    ReplyDelete
  22. wohoooo kakkkk... grand banget roti akak tu... geram tgkkkk!!... hhehehe...

    ReplyDelete
  23. Tahniah buat anak akak...semoga bertambah cemerlang lagi nanti..amin kak ct, bun ni memang my fav tau...dah lama mengidam nk buat tapi nak buat chicken floss tu tak reti pula..tak ada jual la kat sini kak...kena tunggu blk Msia la mkn ni...hehe

    ReplyDelete
  24. Mas ~

    hahaha..Mas, kita bukak kedai sebelah2 tau. Donat & Bread sdn bhd.. hahaha



    HaSue ~

    tr kasih sue wish untuk Lily... aminnnn. mula2 tu buat bentuk lonjong pas tu jadi bolat pulak. tu yang sexi .. hihihi

    ReplyDelete
  25. Wanieyra ~

    Ira.. kak ct beli chicken floss tu kat BAGUS Shah Alam. A'ah memang banyak sekali dia jual. Entah bilalah nak habis chicken floss tu tak tahulah.. hihihi



    Deliah's Deli ~

    Terlewat sampai lah Del, dah habis pun roti tu..soriiii :DD

    ReplyDelete
  26. waduh kakk.... kiter nih suker tgk mknn sedap2... tp tak larat lg nak menggodeh2.. telan air liur berbakul2 dulu lah! hihi,,,

    tahniah buat lily.. kim salam dier kak... teruskan usaha... sejukkkk perut ibu....

    ReplyDelete
  27. Diana @ Melley Mey ~

    Wa'salam Diana..oh memang sesuailah tu. ada juga makanan yang anak Diana suka kak ct pun suka gak. Tapi tak ingat tu hari ada komen kat blog Diana. secara kebetulan lah kot.. hihihi



    Anawahid ~
    Ana..sapai juga akhirnya kesini yek. ingat dah tak jumpa jalan dah.. hahahaha. Meh lah meroti ana, nanti suruh Hb present kan BM baru eh... hahaha


    Nieza ~ tr kasih Nieza. Bila nak balik M'sia tu. kompom kak ct nak datang rumah Nieza, nk tumpang makan jugak.. hehehe.

    Nanti kak ct cuba cari resipi tu, ada ternampak masa jalan2 cari resipi ni semalam :D

    ReplyDelete
  28. Assalam CT,
    tahniah lily dah berjaya ya..ibu mana pun rasa bangga dengan kejayaan anak2nya kan..

    ct kita tengok roti ni sunnguhlah selera dan cantik..dah malam2 ni baru dapat jalan2 rumah teman..rasa laparlah pulak..kalau breadtalk dikl tu halal, kat sini tak halal ler..
    then chicken floss kat sini pun tak ada yang halal..so akhir kata telan air liur ajelah..hehe

    ReplyDelete
  29. Ayu ~

    tr kasih ayu untuk Lily. setiap ibu memang nak anak2 nya jadi yang terbaik kan. kalau dah usaha tapi tak berjaya nak buat macamana.

    Kat kl ni tengok2 gak lah tempatnya ayu. kadang2 tu bila ada rasa was2 tu ct tak beli pun. tapi kalau rasa boleh dipercayai, baru beli.. hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...