Sunday, May 8, 2011

Cute Burgerlicious




Assalamulaikum.... Salam penuh keceriaan dari DDCT buat semua geng2 merempit didapur... hehehe. Bersyukurlah jika kita sihat walafiat hari ini namun tabahlah jika ditimpa ujian sakit dari Allah. Alhamdulillah, jika kita sihat dapatlah kita bersilat di dapur ye tak. Untuk membahagiakan keluarga bukannya tugas yg mudah. Salah satunya, kita mesti prihatin dan memahami setiap masa apa hidangan yang mereka suka dan tidak suka. Agar ahli keluarga tersayang sentiasa gembira setiap kali menikmati hidangan yang kita sediakan dengan rasa nikmat dan bersyukur setiap masa. CT bersyukur kerana CT sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dapat memberikan segala yang terbaik buat insan2 tersayang dirumah. Dan pastinya gembira rasa hati bila dapat memuaskan hati anak2 dan suami terchenta setiap masa. Alhamdulillahhh.

Berbalik kepada resepi DDCT hari ni, CT ingin kongsikan resipi istimewa seperti yg dijanjikan, hasil godek2 dari DDCT untuk santapan minum petang di hari minggu. Dapat idea ni pun kerana tergerak nak menyediakan menu yang comel dan sedikit berbeza dari biasa utk anak-anak. Rasa hilang penat lelah memasak bila anak2 menyuarakan pujian atau komen membina dari mulut comel mereka bila Mama dorang menyediakan menu yang berlainan dari biasa. Perkataan pertama dari anak bungsu CT untuk resepi ni... "Mamaaa.... cantiknya Haqim suka. Comel lah burger ni, keciknyaaa... Haqim nak tolong buat jugalah mama..." Bila dia teruja macam tu, abangnya pun dok sibuk kat dapur juga nak menolong sama... hehehe. Komen dari anak2 yg semacam itulah yang buat CT tersenyum setiap kali dan memberi CT semangat utk tidak pernah rasa jemu memasak dan menyediakan hidangan kegemaran dorang.

Resipi kali ni CT olah dari resipi roti dengan mengurangkan kuantiti bahan2 yg digunakan. CT buat bentuk bulat kecil setiap satu 10 gm. Kalau ada yang nak buat untuk anak2 dirumah semasa cuti2 ni bolehlah cuba. CT gerenti hasilnya pasti membuat anak2 dan kita sendiri teruja. Jom kita semak resepinya. :D


Cute Burgerlicious
Resipi Che CT

Bahan-bahan:
150 gm tepung roti *
50 gm tepung gandum *
2 susu besar susu tepung *
1/4 sudu kecil garam halus *
1 sudu kecil yis *
1 1/2 sudu besar gula kastor *
2 sudu besar majerin / butter *
1/2 sudu kecil bread improver *
30 gm telur * ( dari sebiji telur dan timbangkan 30gm)
100 ml air *
2 keping burger ayam atau lembu - biarkan dlm suhu bilik dan buat bulat2 kecil.
Serbuk lada hitam
majerin - untuk sapu atas roti dan burger

Untuk gliss dan topping
Lebihan telur tadi + sedikit susu segar + beberapa titik madu. (CT memang selalu guna resipi dari Ros ni, bun nampak cantik)
Sedikit bijan untuk letak atas roti - (optional)

Hiasan:
Daun salad
Timun - hiris nipis
Tomato - hiris nipis
Sos cili
Mayonis




Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam bread maker, pilih setting dough dan tekan ON. Tunggu sampai siap. Nak uli guna tangan pun boleh juga sebab doh sedikit ikut masing2 lah ya. Jika uli dengan tangan uli seperti biasa sehingga doh lembut dan tak melekat pada mangkuk adunan. Rehatkan doh dalam bekas, tutup dengan tuala bersih. Tunggu hingga doh naik sekali ganda.
2. Sementara menunggu doh siap, bolehlah siapkan daging burger utk dibakar. Terapkan daging burger dgn saiz sebesar duit 20 sen lebih kurang dan tekan leperkan sedikit (yang ni gunakan kaedah dan kreativiti masing2 ye). Bila dah siap, sapu sedikit majerin pada daging burger dan taburkan sedikit serbuk lada hitam. Bakar atas non-stick pan dengan sedikit marjerin dan api sederhana dan balik2 kan hingga masak. Angkat dan toskan atas paper towel.
3. Bila doh dah siap. Taburkan sedikit tepung atas papan canai dan uli sebentar dalam 5 minit dan bahagi doh kecil2 seberat 10 gm setiap satu. Dan letak dalam tray yang disapu sedikit butter.
4. Biarkan doh naik sekali ganda. Rehatkan doh lebih kurang 40 minit, gliss pemukaan doh dengan bahan gliss dan tabur sedikit bijan jika suka.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit atau pemukaan bun perang sedikit. Setelah roti siap, keluarkan dan sejukkan sebentar sebelum dibelah dua. Kemudian bakar roti tersebut di atas non-stick pan seperti langkah no. 2 di atas. Sejukkan atas redai dan bolehlah dihias seperti burger biasa ikut kreativiti anda. Selamat mencuba :D






Nota: Kalau nak tengok perbandingan saiz Cute Burgerlicious ni, sila klik SINI.

22 comments:

  1. rajinnya akak sorang ni......
    memang comeiiii burger tu....
    boleh try nanti...he..he..

    ReplyDelete
  2. menu sihat begini sepatutnya ada di cafe dan kantin sekolah.sungguh memancing rasa dengan presentation yang vogue!

    ReplyDelete
  3. as-salam kak ct
    comel2 burger tu kak ct... mkn 1 pun tak cukup ni...nampak sedap!!

    ReplyDelete
  4. mmg cute banget nih,rajin nyer!! nak 5 gak..kita tukar eh :)

    slmt hr ibu ct n tahniah dpt http://www.sitidelima.com/ for mother's day!

    ReplyDelete
  5. Mas ~

    Mas..oleh kerana burger ni comel semua nak makan lebih, tapi kak ct kata kena makan sorang 2-3 jer.. hahaha. betuah betul kak ct kan, sian anak2..hehehe

    ReplyDelete
  6. IXORAROXI ~

    Boleh aje kalau nak dibuat kat sekolah2 Rozi, Memang sihat tapi ada ker yang nak buat benda2 yang remeh macam ni :D

    ReplyDelete
  7. Ady ~

    A'ah ady..kalau kak ct bagi kat ady belum tahu cukup semua tu. Ibarat kak ct makan 5 ketul yang kecik , ady makan satu yang besar.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Deliah's Deli ~

    Thanks Del dan selamat hari Ibu juga :D Tapi ct rasakan kalau buat burger ni kecik memang berbaloi2 sekali ngap terus masuk mulut hilang.. hehehe

    ReplyDelete
  9. wah wah wah wahhhh... semakin gojes akakku yg sorang nih! terkedip2 tgk beger comel tuh! and tahniah kak dah ada domain sendri..... selamat ari ibu kak yer! moga semakin anggun dan bergaya dengan sudip itammu itew! hihihi

    ReplyDelete
  10. Selamat hari ibu. So cute. kena try ni.

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Ibu akak CT...

    waaaah!! sungguh menarik dan tersgt ler comelnya burger tu akak... tak smpi hati pula nak makan yer... apa x nyaaa... cute sgt...

    ReplyDelete
  12. salam kak Ct
    wah teruja betul le negok pic akk ni cantik sagat
    suka le kretip akk ye mmg budak suke kalau mkan yg macam ni..nak buat le sagat cute ...

    ReplyDelete
  13. cute miut... sukeee, mesti anak2 xsabar nak makan, menu sihat lak tu, insyallah klu mamma olyn rajin nak meroti, nak try resepi ni dlu la:D

    ReplyDelete
  14. Salam CT...

    Lewat la kak cek sampai umah CT...tuanrumah dah tido...
    Comeynya ...cutenya burger tu....secute tuan yang buatnya kan..kan ...kan...sekali ngap je masuk dalam mulut ni...rajinnya CT...anak2 confirm suka ni...:)

    ReplyDelete
  15. Hana ~

    terima kasih Hana..selamat hari ibu juga buat Hana. sudip tu nak ketuk tangan sape yang dok gatai nk amik burger tu.. hahaha. sangat seronok tgk bergather2 dgn kak ummi. semoga sentiasa ceria dan sihat2 selalu ya cikgu Hana :D


    Kak sam ~

    selamat hari ibu kak sam. tr kasih kak ingatan itu buat ct :D buatlah jika ada kelapangan, anak2 yg pasti suka dr kita :D



    NaDia CoMaNeCi ~

    Rajin suka2 ni nadia, kalau rajin betul2 dah buat lagi kecik, kecik dan kecikk.. hihihi. Anak2 lagi kecik payah nak gerak sana sini kan nadia. tak apa bila2 senang bole jer buat nanti kan :D

    ReplyDelete
  16. Diana @ Melley Mey ~

    Tr kasih Diana, hehehe... belum sempat nak amik gambo anak2 dah mintak nak makan. siap dah cop! nak amik yang mana satu... hihihi


    Sheila Shafeareen ~

    a'ah...anak2 memang suka,tambah2 lagi burger ni memang diaorg ni suka makan. lain kali bolehlah buat sheila kalau nak buat b'day party bagi gife kat anak2 yang dtg kerumah :DD

    ReplyDelete
  17. Mamma Olyn ♥ ~

    cuba mama olyn kalau rajin lagi buat lebih2 anto kat sini pulak.. hihihi



    Cik Cek ~

    datang lewat sangat, tuan umah dah tutup pintu kak cek.. hihihi. betul tu kak cek, lepas amik gambo anak2 tak tunggu lama terus jer masuk mulut... hihihi. Alhamdulillah.. habissss :DD

    ReplyDelete
  18. comelnyer.... suka tengok kalau anak CT dah suka anak ita lagilah... bertambah2 suka agaknyer...

    tahniah CT dah ada Domain sendiri... selamat hari ibu jugak dari ita... utg anak2 dapat ibu yang rajin bersilat di dapur... hihi

    ReplyDelete
  19. salam kenal CT, mmg cute la burger tu..mcm tuannyer jugak..:)leh cuba nii..mesti anak2 suka..

    ReplyDelete
  20. CT.. comel banget ni..
    boleh jamu mata jelah..

    ReplyDelete
  21. kak ct...
    dapur akak lagi meriah dr dapur saya...dapur saya biasa2 je kak...hehehe...tgok la beger ni hah...cute jek mcm org yg buatnya...kl sy ni, 2,3 mmg tak cukup...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...