Monday, May 2, 2011

Nasi Ambang




Assalamulaikum... masih mood cuti2 lah ni erk. Tapi bagi surirumah macam CT memang tak ada cuti, cuma masa tido jer lah yang boleh dikatakan bercuti (dari membuat kerja2 rumah... hihihi). Hari ini anak dara CT dah ada kat rumah balik bercuti jadi adalah teman nak berbual sambil memasak bersama meriuhkan suasana kat dapur. Selalunya sorang2 jer, hanya berbual dalam hati bersama senduk, sudip, kuali dan periuk jer... hehehe. Bila semua anak2 dan suami dah berkumpul ramai-ramai kat rumah, jadi hari ni CT masak menu yang leceh siket dari biasa. Yang CT maksudkan adalah Nasi Ambang ('Ambeng' dalam sebutan jawa). Leceh nak sediakan Nasi Ambang ni sebab banyak bahan penyediaannya dengan berbagai2 lauk sampingan seperti serunding, sayur sambal goreng, ayam masak merah atau rendang, mee goreng dan ikan kering. Fuhh.. memang padat maksimumlah. Dan dengarnya, kalau nak seronok makan nasi ni tak bole makan sorang2, tapi makan berkongsi ramai-ramai dalam dulang dalam 3-4 orang macam tu. Barulah datang semangat perpaduan, ye tak. Asal jangan berebut lauk sudah hehehe.

Nasi Ambang ni asalnya terkenal dalam masyarakat jawa tapi sekarang dah tak asing juga pada orang melayu. Kalau CT balik kampung di Johor, ni salah satu fevret yg CT akan cari. Masa CT kat JB 6-7 tahun dulu harganya sebungkus dalam RM1.50 macam tu, tapi sekarang dah naik RM3.00 lebih kurang. Kemain laju harga barang naik ek. Gaji je yg semput nak naik hehe.





28 comments:

  1. sy pun suka Nasi Ambeng ni..kalau balik ke rumah bapa singgah di Ijok beli di pasar malam..memang sedap..Harga sekarang RM6 la K.CT.

    ReplyDelete
  2. salam..waduh..siap masak nasi ambeng bagai..huhu..teringat masa duk sijangkang dulu..time kenduri pasti dapat merasa nasi ni..

    ReplyDelete
  3. Nazrah Bakery & Dunia Kuih ~

    Oh dah naik harga ker sampai RM 6. mahal tu..kalau kat Johor dia bungkus macam nasi lemak tu kecik2 tu pun dah RM3 lah kot. ni dah 2 tahun tak balik kampung mesti dah naik rega agaknya erk.. hihihi


    kalau kak ct berniaga nak jual berapa agaknya..? hahaha

    ReplyDelete
  4. suri solehah ~

    wa'alaikumusalm suri..Masak nasi ambang ni setahun sekali tu boleh lah suri. kalau selalu masak mahu lenguh betis bediri lama2 masa masak tu.. hihihi

    ReplyDelete
  5. ya Allah CT.. rajinnya engko.. maklong tabik spring lah.. kalau macam ni.. hehe

    menantu maklong mengidam nasik ambeng ni.. maklong soh dia beli je kat pasar malam.. macam2 alasan maklong bagi.. rasa macam susah sangat.. nak buat..

    harap2 bersemengatlah maklong lepas tengok kerajinan CT ni..

    ReplyDelete
  6. Along Maklong ~

    Nak makan kenalah rajin maklong. Kalau fikir nak beli entah berapa kerat jer yang dapat makan. Ni ct buat seisi keluarga bole makan dari tengahari bawak kemalam.. senang rasa hati kan.. hehehe.

    Maklong.. kat KL ni kat mana ada jual nasi ambang yang sedap, bole lah ct gi cari kalau ngidam2 nanti. .. hihihi. kesian menantu maklong, dia nak makan hasil tangan maklong lah tu kot.. hahaha

    ReplyDelete
  7. CT, ngences kak rose tengok nasi ambeng ni... lama x makan... kalau kenduri kat kg pasti ada nasik ni...

    ReplyDelete
  8. rajinnya CT.. serunding kelapa dan sambal jawa yang mahalnya tu :)

    ReplyDelete
  9. CT.. sedap ke tak maklong tak pasti.. sebab tak pernah beli.. tapi kat pasar malam selayang indah.. belakang NSK.. ada jual..

    ReplyDelete
  10. x penah makan nasi ngn mee goreng sekali gus.. hihi... yg plg leceh kompom nk wat serunding kelapa tu kn?

    ReplyDelete
  11. Kak Rose ~

    Kak Rose.. sudah semestinya. kalau kat kampung dulu2 memang ada yang hidang nasi ambang ni. Tapi sekarang orang macam dah malas nak buat yang remeh2 ni kak rose. Kalau bole masing2 nak sediakan menu yang cepat dan ringkas jer :D

    ReplyDelete
  12. IXORAROXI ~

    Rozi..Ini lah menu yang sedap makan ni rozi. dan sememangnya ni rasanya menu pertama dan yang akhir kot ct masak dalam tahun ni, sebab banyak keja nak buat, sampai tumit rasa kebas penat bediri.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Along Maklong ~

    jauh nun nak beli tu maklong.. hihihi. Tak apalah kalau teringin sangat2 buat lah sendiri tu pun kalau rajin sangat nak membuat nya lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  14. tun_telani ~

    betul tu Tun.. buat serunding memang sedap tapi nak sediakan rempah2 tu yang banyak keja. Tak apalah tunggu nak raya baru buat lagi serunding tu.. hihihi

    ReplyDelete
  15. Salam,kak CT =0).
    wah!nasi ambeng.
    1st time saya makan nasik ni tahun lepas masa kenduri kat rumah jiran.
    mula2 saya heran, naper ada mi jugak..hehehehe...rupa nya, memang gitu stail nya...

    lepas tu terus jatuh cinta makan nasi ambeng. nak masak sendiri, takut tak habis sb saya n hubby berdua sahaja kat rumah.

    pergi pasar malam, oh mak aii...rega sebungkus 6.00. jatuh cinta punya pasal, saya beli jugak..janji perut saya terhibur dpt bertemu dengn nasi ambeng.hehehehe =0).

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum akak..
    ermm.. diana x perna lg makan nasi nie.. n x perna jumpa pun kat labuan.. hehehe.. nnt nk cari... kalau x der.. kena pergi johor kat rumah aunty diana ler nmpknya baru dpt makan.. ehhehe.

    ReplyDelete
  17. Assalam Ct,
    Wah nasi ambeng sedapnya!!!!..
    kita suka nasi ambeng....kalau kat spore ni, normally tak letak mee, selalu lauknya, ayam lemak padi, ikan masin bulu ayam, urap taugeh, serunding, bagedil, sambal goreng tauhu tempe, rendang daging..sambal belacan..ha ambik kau..banyak..itu kalau nak masak semua tu lah..kalau malas, yang wajib ajelah..heheh..kecurnya!!!!..

    ReplyDelete
  18. Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi ~

    Nurul... sekarang ni dah mahal juga nasi ambang ni erk. Rasanya nak sediakan bahan2 sampingan dalam tu kot yang buat nasi ni melambung naik harganya.. hihihi

    Tapi kalau setakat Nurul nak makan dgn Hb jer beli lah, kalau kaka ct pun akan beli jer nak buat ni banyak makan masa dan adalah lecehnya sikit... hihihi

    ReplyDelete
  19. Diana @ Melley Mey ~

    Diana..kalau datang L ker bolelah cari nasi ambang ni. Tapi kak ct yang dok Kl ni pun tak tahu kat mana ada jual lah Diana... hehehe

    Yupp bila ke Johor gerenti akan jumpa dan dapat lah merasa kesedapan nasi ambang ni. Johor kat mana tu Diana :D

    ReplyDelete
  20. Ayu ~

    Wa'alaikumusalam Ayu... Sekarang nasi ni dah diperbagaikan penyediaannya Ayu. ada juga lah yang cuma letak ayam grg, ikan keing dan sambal paru goreng jer. Ikut pada tuan punya yang menyediakakan ya lah kan.

    Kat s'pore pun ada gak ya, kalau masuk s'pore mana nak beli ni ayu senanglah kalau jalan2 kesana leh makan .. hihihi

    ReplyDelete
  21. Salam kunjungan... wah, sedapnya nasi tu

    ReplyDelete
  22. akak..rajinnya masak nasi ambeng..
    mas selalu beli jerk....
    sedappnya tengok nasi ambeng tu...
    meh sepinggan...he..he..

    ReplyDelete
  23. wahhhh..Tun pernah makan sekali jer masa kenduri tahlil kat rumah MIL..selebihnya memang tak tahu pun cara masak..hehehe..ghajin akak masak nie.

    ReplyDelete
  24. Zuwairi Aiman ~

    terima kasih zuwairi keana sudi meninggalkan jejak DDCT.



    Mas ~

    Rajin dah nak makan ni Mas. Kalau betul2 memang kak ct tak nak buat, banyak sangat kerja nak memasaknya macam nak buat kenduri gayanya.. hehehe.

    sori ehh..dah pinis lah nasi ambang ni :D


    Rabiatun Adawyah ~

    Tun.. kalau dapat makan sesekali memang sedap Tun. tapi kalau dah selalu ngadap mahu pengsan gak nak sediakan menu2 nasi ambang ni. Banyak sgt kerjanya. Bolelah nak dikatakan rajin sebab nak sangat makan nasi ambang ni kannn.. hihihi

    ReplyDelete
  25. as-salam kak CT
    adoiii...kak.. sedapnye.. tengok jerk dah terliur ni..nasi ambang ni kalau mkn ramai2 lagi best.....

    ReplyDelete
  26. assalam kak CT,sedapnya nasi ambeng tuh,saya dah oernah mkn lagi nasi ambeng ni..

    ReplyDelete
  27. ady ~

    wa'salam ady. betul tu.. kalau ada majlis maulidur rasul kat kg2 ada juga orang2 jawa yang sediakan nasi ambang ni dan makan ramai2 dalam dulang, sambil duduk bersila :D

    Bolehlah buat kalau ramai yang nak menolong ady memasak kat dapur tu nanti... hihi


    lina_pg ~

    Memang sedap ni Lina, kak ct tak nafikan akan kesedapan nasi ambang ni dengan bahan2 yang penuh dalam pinggan pisang tu.. hehehe

    ReplyDelete
  28. kak nak resepi heeeeeee sedap tuuu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...