Tuesday, May 10, 2011

Nasi Tomato - Hari IBU




Assalamulaikum ... Salam buat semua, sihatkah hari ni? Ni lah hidangan untuk CT sekeluarga sempena hari IBU yg lepas. Mulanya ingat hari tu nak bercuti dari pegang periuk dan kuali. Tapi bila dikenangkan anak2 dan suami ada permintaan nak rasa air tangan CT, walaupun cuti tapi kenalah juga masak untuk hidangan untuk keluarga hehehe. Nasi tomato ni biasa-biasa aje, dan cara nak masaknya pun simple, pada yg belum mencuba tu cubalah ye.. Resipi nasi tomato ni asalnya dari Kak Liza, tapi CT amik dari blog CMG dan CT menderhaka sket pada bahannya hehe. CT hidangkan nasi ni bersama ayam masak merah dan daging masak hitam manis. Mulanya nak gandingkan dgn puding utk pencuci mulut tapi tak jadi sebab tak sempat, kerana masa masak ni perut dah mula menyanyi lagu korea.. hahaha. Ada2 jer kan, maklum lah CT ni dah kemaruk dengan drama korean jer setiap hari. Rancangan lain dah kureng sikit nak tengok... hihihi. Jom kita semak resipi ni yang CT CnP jer dari blog Mat, mintak izin ya Mat, terima kasih banyak2.


Nasi Tomato
Resipi dari Sifu Mat Gebu

Bahan-Bahannya:
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair (CT letak 2 cawan susu cair)
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega (CT ganti dgn minyak sapi)
5 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan - disimpul
3 ulas bawang putih - dihiris
5 biji bawang merah - dihiris
1 inci halia, dihiris halus - hiris halus
3 biji buah pelaga *
3 kuntum bunga cengkih *
1 kuntum bunga lawang *
1 batang kayu manis * ( *rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras ( mat lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa


Bahan Hiasan :
Kacang pis - (yg ni CT tak letak)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya :
1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan.



20 comments:

  1. sedap!!! =0).
    kak CT, saya nak tapau semangkok boleh...terlior saya nengok nasi tomato n ayam masak merah tu..

    ReplyDelete
  2. wahhhhh...sedappnya nasi tomato tu....
    ayam masak merah tu pun nampak sangat sedapppppp

    ReplyDelete
  3. Assalam ct,
    waduh baru berapa hari kita tak bw banyak yang kita ketinggalan kapal selam..congrats sebab dah ada domain sendiri ya sekarang..
    wah dah ada domain sendiri ni makin aggressivelah ct memasak ya..itu yang best tu..sebab hari2 ada aje makanan kat dapur ct nikan..you go gurl..

    ReplyDelete
  4. Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi ~

    Nurul kak ct minta maaf tak sempat nak melawat blog Nurul tu hari :D Kak ct doakan nurul sentiasa sihat2 selalu ya. Take care dear :)

    lor..dah pinis ni nurul, kak ct buat masa hari IBU tu hari so dah jadi 'baja' lah ni.. hehehe.

    ReplyDelete
  5. Mas ~

    Nasi tomato memang sedap ni Mas, kak ct ni kes masuk bakul masuk lif terus naik .. hahaha. Dah alma tak masak tergerak lah tu hari, tu yang makan tak hengat semua kat rumah ni :DD

    ReplyDelete
  6. Ayu ~

    Thanks dear.. tu hadiah dari Hb ct sempena hari IBU. ct tak keluar duit pun ayu, Hb ct yang tolong bayor... hihihi. kita amik jerlah siapa yang tak nak kan ada domain sendiri :DD

    Hrap Ayu sihat2 ya. Dan selamat Hari IBU :D

    ReplyDelete
  7. salam kak Ct wah sini pun ada nasi toma to yeee,,sy x pernah buat lg ni teringi juga nak mencuba..kak set putih tu lawale bekenan sagat heheheh

    ReplyDelete
  8. kata hari ibu...tapi kak ct tetap setia di dapur...

    apapun nasi tomato kak ct mengancam habis...

    ReplyDelete
  9. terliur maklong tengok nasi tomato CT ni.. mesti nak cuba ni.. :)

    ReplyDelete
  10. nasi tu nampak lawa sangat, mesti sedap sangat tu kan..terliur saya nengoknya

    ReplyDelete
  11. Menarik betul Nasi tu ngan lauk pauk nyer..... kalau time tu kita ada dah tentu sepinggan abis...bila nak ajak makan ni ?

    ReplyDelete
  12. Sheila Shafeareen ~

    sheila.. kalau buat nasi tomato tinggalkan kak ct sepinggan eh. set2 putih ni senang nak dibagaikan bila susun makanan atu kuih tu jer

    ReplyDelete
  13. Cik Puan Izan ~

    Dah namanya IBU.. walau hari ibu atau sakit macamana pun kena gagahkan juga duduk didapur Izan. nanti anak2 semuanya kelaparan siannn :DD

    ReplyDelete
  14. Along Maklong ~

    Maklongggg... ct masak biasa2 jer. maklong lagi handal bila didapur. mintak tunjuk ajar ya, nanti kalau ada yang terkurang atau terlebih sila tegur kan :DD

    ReplyDelete
  15. IXORAROXI ~

    Alhamdulillah...anak2 dan suami dah makan tapi tak ada komplen apa2 pun, sedap lah tuuu :)

    ReplyDelete
  16. Nazrah Bakery & Dunia Kuih ~

    hehehe... alahhh masakkan yang biasa mcm orang lain gak Nazrah. cuma bezanya air tangan tu jer yang tak sama.. hihihi

    InsyaAllah raya dtg lah rumah :DD

    ReplyDelete
  17. CTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT...Ha tu dia..kuat akak pgil, dgr tak..hehehe..wat nasi tomato gak eh...kasi akak sikit...suka nasi camni..berpinggan la makan jawabnya..huhuu

    ReplyDelete
  18. Ct kalau susu lebih nasi tk jd lembik ke nk cuba masak tp takut lembik pulak bila susi lebih kn air.

    ReplyDelete
  19. Ct kalau susu lebih nasi tk jd lembik ke nk cuba masak tp takut lembik pulak bila susi lebih kn air.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...