Sunday, May 15, 2011

Puding Roti Karamel




Assalamualaikum... salam ceria dihari minggu. CT mintak maaf semalam tak dapat nak bersiaran. Al-maklum lah bila hari2 cuti CT akan meluangkan lebih masa untuk keluarga. Hal2 lain terpaksa CT tolak ke tepi dahulu buat sementara, sebab cuma 2 hari je dalam seminggu dapat lebih peluang untuk lebih mengeratkan kasih dan sayang cewahhhh. Walaupun setiap hari dok pandang dan jumpa tapi cuma pada hari cuti lah baru kita dapat berkumpul dengan masa yg santai bersama kan. Okey ... kita citer pasal resipi puding roti karamel ni. Resipi ni CT buat 2 hari yang lepas, jadi dah pinis lah ya... hihihi. Kira ini entri tertunggak dan baru hari ni dapat nak publish. Kena ikut turutanlah kiranya, siapa dulu akan didulukan dan mana yang kemudian kenalah tunggu giliran... hahaha.

Resipi asal dari Rosaliza @embunkasih, tapi CT ambil dari Cikgu Hana Nipon, Jupung yang dah kekal balik ke Kuantan, Malaysia hehe. Alhamdulillah... sangat sedap, cuma CT tak letak dalam loyang dan masuk dalam acuan senang kerja.... huhuhu. Terima kasih pada kedua2 penyumbang resipi yang sangat sedap ni, anak2 pun suka tambah2 My laling CM dan CT pun suka juga. Lain kali nak buat lagi sebab stok roti sentiasa ada jer hari2 kat rumah ni. CT CnP dari blog Hana, maceh ya Hana Kak CT dok selongkar gobok (loghat almari utk orang JB) resepi Hana senyap2 hari tu... hehehe. Jom kita intai2 resipi puding roti karamel ni, memang sesuai dimakan bila cuaca panas2 macam ni. Layannnn....


Puding Roti Karamel
Resipi dari Hana

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair + 1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
Esen vanilla (1sk)

Cara-cara:
1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
2. Panaskan pengukus. Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (40min-1jam).




8 comments:

  1. amboi2 sedapnya jamu mata kat sini..ada puding lagi.belum lunch dah ada dessert..cepat2 angkut bawak balik..hehe

    ReplyDelete
  2. cantiknya puding CT tu dengan teknik gambar yang menarik.memukau mata memancing selera

    ReplyDelete
  3. kak ct...sedappnya tengok puding roti caramel ni......

    ReplyDelete
  4. salam kak CT.. berselera nampak puding akak.. cantik . thanks kongsi tip ambil gambar tu :)

    ReplyDelete
  5. anymz ~

    Kak anim, puding tu dah tinggal pinggan jer kak, ni kes entri tertunggak... hihihi. kalau nak hangkut amik jerlah bawak skrin laptop tu sekali.. hehehe

    ReplyDelete
  6. IXORAROXI ~

    Roxi, tr kasih. apa yang penting, masakkan sedap selera pulak bila nak makan tu kan :DD

    ReplyDelete
  7. Mas ~

    apalagi puan mas, meh lah buat ada stok roti tak kat rumah, sangat sedap kalau dimakan sejuk2... hehehe

    ReplyDelete
  8. Juwita Jamaludin ~

    Ita.. tip2 amik gambar tu kak ct bagi apa yang kak ct selalu gunakan jer. tak ada yang tersembunyi atau tersorok. semuanya dah diberi tahu. semoga ita dapat sedikit ilmu dari tip2 tu ya :DD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...