Friday, May 13, 2011

Serunding Kelapa Tradisi




Assalamualaikum semuanyaaa.. Entri ni patutnya dah disiarkan pagi semalam, tapi oleh kerana blogger bermasalah, jadi tertundalah siarannya. Dahlah entri yg dah keluar hari sebelum tu pun hilang, lepas tu bila dah restore semula pun komennya pun turut hilang. Bila jadi macam tu, rasa merudum pulak mood nak berceloteh, tapi seperti yang dijanjikan, inilah dia resepi serunding kelapa resepi tradisi keluarga CT tu. Dan hari ni CT tak berceloteh panjang macam biasa. Kita semak resepinya terus jom.


Serunding Kelapa
Resipi Tradisi Che CT

Bahan-bahan:
½ biji kelapa parut
garam
50 gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis


Bahan Kisar :
2 batang serai
10 tangkai lada kering – lebih kurang 2 sudu besar penuh
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit kunyit hidup, lengkuas dan halia
sedikit ketumbar, jintan putih dan jintan manis
2 susu besar udang kering atau ikan bilis
2 helai daun limau purut - buang urat tengah.


Cara-cara :
1. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan wangi.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Jangan guna api besar, sederhana saje. Tunggu sehingga agak pekat sedikit.
4. Akhir sekali masukkan kelapa. kemudian terus dikacau sehingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa kemudian bolehlah diangkat.



1 comments:

  1. salam kak ct wah bestnya terima kasih dpt tip2 yang berguna utk ambil gmbr masakan kita...baru puas hati kan..dah penat2 masak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...